08 March, 2010

MaSdAr BaHasa ARab

Alhamdulillah segala puji pujian buatNya yang memberi kesempatan untuk berkongsi ilmu dengan para sahabat..InsyaAllah hari ini, saya akan ceritakan sedikit apa yang dimaksudkan dengan masdar atau kata terbitan..

Kajian telah dibuat menunjukkan betapa ramai yang masih tidak tahu atau tidak pandai dalam menggunakan sighah masdar ini.Justeru, kita lihat banyak kajian-kajian yang dibuat mengenai masdar ini.

Seperti semua maklum masdar ni merupakan salah satu elemen yang terpenting dan mempunyai keistimewaan dan kedudukan yang tersendiri dalam bahasa arab.Ia mempunyai hubungan dengan elemen lain seperti kata nama, kata kerja, dan sebagainya yang saling berkait rapat antara satu sama lain.

KEPENTINGAN MASDAR

1) membezakan antara jenis, unit, fungsi ataupun peranan masdar serta pola kata kerja yang berkaitan dengan masdar.

MASDAR

Abd al-Ghaniy mendefinisikan masdar ialah Kata nama yang menunjukkan perbuatan sahaja.Manakala Fakhr Al-Din Qabawat menjelaskan definisi masdar ialah kata nama yang menunjukkan perbuatan yang tidak terikat dengan masa.

contoh : جلوس

yang bermaksud duduk.Ia sebagai masdar yang menerangkan perbuatan duduk tetapi tidak dinyatakan masa bila berlakunya perbuatan tersebut.

JENIS-JENIS MASDAR

1) Masdar sarih
dikenali juga sebagai masdar asli, am, mutlak, hakiki ataupun mujarad.Ialah kata nama yang menunjukkan makna sesuatu perbuatan yang terjadi tanpa terikat dengan unsur-unsur masa.

contoh: زرع: زراعة
زرع bermaksud menanam dan masdarnya bermaksud penanaman.

2) Masdar Mu'awwal
Ia terhasil daripada huruf-huruf masdar yang bergabung, sama ada dengan kata kerja lepas atau kata kerja masa kini.Hasil gabungan tersebut dinamakan sebagai ayat silah yang boleh ditakwilkan dengan masdar sarih.

contoh: أريد أن أجلس بجنبك
أن أجلس dinamakan muawwal yang terdiri daripada gabunga partikel an dan kata kerja masa kini.takwil ayat : أريد الجلوس بجنبك

3) Masdar mimiy
kata nama yang bermula dengan huruf mim tambahan di awalnya yang menunjukkan perbuatan yang berlaku.Persamaan masdar mimiy dengan masdar asli ialah kedua-duanya menunjukkan kejadian atau perbuatan yang berlaku.Bezanya cuma masdar mimiy di awalnya huruf mim tambahan dan masdar asli pula tiada huruf mim tambahan di awalnya.

Contoh: مطلع , مدخل , مودة
مدخل: terbit, مطلع :terbit, مودة : kasih sayang

4) Masdar Marrat
merupakan kata nama yang menerangkan perbuatan yang berlaku sekali sahaja.
Syarat-syaratnya:
1. mesti menggunakan fi'il tam.fi'il naqis seperti kana dan kawn-kwnnya tidak boleh digunakan.

2. mesti gunakan fi'il yang merujuk kepada perbuatan fizikal sahaja dan tidak boleh menggunakan fi'il yang menunjukkan perbuatan abstrak seperti علم ,فهم

3. mesti menggunakan fi'il yang tidak menunjukkan sifat yang tetap.kata kerja seperti قبح , كرم, حسن

5) Masdar Hai'at atau masdar Nau'
Kata nama yang menerangkan keadaan atau jenis perbuatan yang berlaku.
contoh : يعيش المسلم عيشة كريمة
"Orang Islam yang hidup dalam keadaan kehidupan yang mulia"

syarat nya sama dengan syarat masdar al-marrat.

6) Masdar sina'iy
kata nama yang diletakkan huruf ya di hujungnya yang bersambung dengan huruf ta selepasnya.

contoh : الإنسانية
Ia berasal daripada perkataan الإنسان. Makna asal perkataan insan bermaksud manusia tetapi dengan penambahan huruf ya dan ta' marbutah telah mengubah maksud asal perkataan tersebut kepada makna baru yang lebih luas, iait sifat kemanusiaan, memiliki perasaan simpati, toleransi, dan sebagainya.


Sedikit sebanyak tentang masdar.Bagi yang mahu lebih lagi maklumat tambahan tentang boleh baca buku " Masdar Bahasa Arab: Fungsi dan penggunaan oleh Azlan Abd Rahman.

6 comments:

  1. assalamualaikum intan syukur sgt pd Allah yg temukan akk ngn Intan....

    terima kasih banyak2 sebab tolong akk n entri ttg masdar ni menambahkn lg kefahaman akk ttg masdar...

    lain kali post la lagi tentang nahu n sorof...bleh jd panduan akk n kwn2 yg lain jgk...hehe

    moga Allah balas segala usaha Intan tuk memartabatkan lg bahasa Arab...

    akk sokong..hehe

    ReplyDelete
  2. waalaikumslm wbt..

    sama2 kak...amanah ilmu kena sampaikan.. :) Moga Akak selalu bgi smngt kat saya untuk terus blajr n mngajar bhs arab..jazakillah..

    ReplyDelete
  3. salam..
    salam taaruf..
    saya nak tanya,buku Masdar Bahasa Arab: Fungsi dan penggunaan oleh Azlan Abd Rahman boleh dapat di mana ya..syukran ya..

    ReplyDelete
  4. sALAM ....dimana boleh dapatkan buku ni

    ReplyDelete
  5. terima kasih banyak infonya, tulisannya sangat membantu...

    ReplyDelete