17 December, 2010

Hadiah dari Seorang kakak

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Teringat seminggu yang lalu, ketika hendak daftar masuk kolej di Universitiku:

"Puan saya mahu check In hari ini sampai hari jumaat boleh?" tanyaku pada kerani yang bertugas.

"Adik, pelajar mana?"tanya kerani itu pula.

"Saya pelajar kolej ini kak, master sem 3.Kenapa ya kak?"

"Pelajar master tidak boleh daftar minggu ni,minggu depan baru boleh." terang kerani tersebut.

" Tapi kak, saya hendak duduk sampai jumaat ni sahaja, tidak boleh ke?

" Maaf dik tidak boleh,ini arahan pengetua!"

Ya Allah mana nak cari tempat untuk bermalam sampai jumaat ini. Kalau hendak tumpang bilik huda, kesian pula dah ada sahabat lain yang tumpang. Kalau hendak berulang, banyak pakai duit...

Akhirnya terfikir bilik kak Ayu dan kak Saadah. Lama sungguh tidak berjumpa mereka. Akhirnya ku gagahi menaip meseg buat kak Ayu bermohon untuk tumpang bermalam minggu ini bilik mereka.

Alhamdulillah, Allah maha mendengar. Bilik kakak-kakak berdua itu boleh untuk ditumpang. Jadi minggu ini, daku tumpang bilik mereka.

seminggu berlalu...

Semalam sebelum pulang kak Saadah ada hadiah nak bagi katanya. Dia minta pendrive. Setelah di save semua, aku tidak sempat untuk melihatnya. sehingga lah hari ini, setelah sampai di rumah, aku buka untuk melihat apa yang diberi oleh kak saadah...

Setelah melihat...

ku terkejut...

Ya Allah, dikau masih sudi mengirimkan salam nasihatmu buatku yang sering alpa melalui seorang sahabat. Terima kasih Ya Allah. Aku bertambah rindu pada Mu.Maafkan daku ya Allah, daku sering alpa pada Mu...

Hadiah dari seorang kakak buat adik-adiknya...





Moga sama-sama mendapat istifadah. Terima kasih akak.

Teringat peristiwa yang berlaku ketika mendaftar kolej. Jika tidak ditakdirkan Allah, daku pasti tidak dapat hadiah dari seorang kakak...

Sungguh syukur ku Pada MU ya Allah..

14 December, 2010

Apa sudah jadi !!!

Letih tidak bermaya...
mengenangkan banyak perkara...

letih tidak bermaya...
mengenangkan rutin harian...

letih tidak bermaya...
mengenangkan banyak maksiat...

letih tidak bermaya...
mengenangkan diri...

letih tidak bermaya...
mengenangkan mad'u...

Apa boleh buat...
sudah menjadi tanggungjawab...

apa boleh buat...
akan disoal nanti...

apa boleh buat...
dunia akan hancur nanti...

apa boleh buat...
diri perlu dibaiki...

apa boleh buat...
terlalu mengikut diri...

perlu kukuatkan...
perlu ku perteguhkan...

kekuatan demi kekuatan...
sejarah telah mengajar...

Orang berjuang tidak pernah lesu...
terus berjuang ...

hingga ke titisan terakhir...
terus melangkah...

walau ada ketika tersungkur...
mencari keredhaan Ilahi...


YA Rabb bantulah hambamu dalam memperbaiki dan memperkukuhkan iman didiri...amin!

29 November, 2010

Mudhaf dan Mudhaf Ilaih

Ringkasan

Tanda-tanda mudhaf

1) Tiada alif dan lam
2) Kata nama
3) berbaris dhommah atau marfu'

Tanda-tanda mudhaf Ilaih

1) Ada alif dan lam
2) kata sandaran
3) berbaris kasrah atau majrur


contoh:

مفتاح السيارة ,

مفتاح السيارة - Miftahu al-sayyarati


PERHATIAN:

Jika anda sangka mudhaf tapi ada alif lam... itu adalah bukan mudhaf tapi adalah man'ut iaitu kata nama yang disifatkan.

28 November, 2010

KOLOKIUM SISWAZAH UKM




Fakulti Pengajian Islam dengan kerjasama Persatuan Pelajar Siswazah akan mengadakan kolokium siswazah pada 28.12.2010

Sesiapa yang berminat untuk menjadi peserta dan membentang boleh reply. Jazakumullah khairan jaza' .



21 November, 2010

BAHASA

Bahasa ialah ujaran manusia, sama ada yang dituturkan ataupun yang ditulis. Bahasa ialah sistem komunikasi yang paling biasa. Ia membolehkan manusia saling bercakap dengan satu sama lain dan menulis fikiran dan ideanya.

Perkataan bahasa itu, mungkin digunakan secara longgar untuk bermakna sebarang komunikasi, seperti lampu lalu lintas atau isyarat asap Orang Asli Amerika . Tetapi asal usul perkataan tersebut menunjukkan penggunaan asasnya.

Perkataan language dalam bahasa Inggeris berasal daripada perkataan latin lingua yang bermakna tongue, dan bahasa pula kerap dinamakan tongue.

Di mana sahaja terdapat masyarakat manusia, maka terdapat bahasa. Kebanyakan bentuk aktiviti manusia bergantung pada kerjasama dua orang atau lebih. Satu bahasa bersama membolehkan manusia bekerja bersama-sama dengan berbagai cara yang tidak terbatas. Bahasa telah memungkinkan perkembangan peradaban teknologi yang maju. Tanpa bahasa untuk berkomunikasi, maka tidak akan terdapat sains, agama, perniagaan, kerajaan, kesenian, kesusasteraan dan falsafah.

Para sarjana telah menentukan bahawa terdapat lebih kurang 3000 bahasa yang dituturkan di dunia hari ini. Bilangan ini tidak termasuk dialek. BAnyak bahasa dituturkan hanya oleh kumpulan-kumpulan kecil yang terdiri daripada beberapa ratus atau beberapa ribu orang sahaja.

Terdapat lebih daripada seratus bahasa dengan sejuta atau lebih penutur. Daripada bahasa-bahasa ini, 19 bahasa mempunyai penutur melebihi 50 juta orang setiap satu : Arab, Benggali, Cina, Inggeris, Jerman , Itali dan lain-lain.

MEMPELAJARI BAHASA ASING

Ada banyak sebab mempelajari bahasa asing, Antaranya ialah :

1) Mempelajari bahasa asing meningkatkan julat komunikasi.
2) Dapat mengetahui adat resam dan cara hidup bangsa lain.
3) Dapat membantu menambah pengetahuan tentang bahasa sendiri.
4) dapat membantu menambah himpunan maklumat umum.


sumber : Ensiklopedia Dunia

02 November, 2010

Sekilas kata mengenai Fakr al-Din al-Razi dan tafsirnya








Abu Abdullah Muhammad bin Umar bin Husain ibnu Ali. dikenali sebagai Fakr al-Din al-Razi. Beliau dilahirkan di Rayy pada tahun 543 H dikalangan keluarga yang penuh keilmuan.

Beliau merupakan seorang toloh ilmuan yang terulung dalam falsafah. Kitab tafsir yang dikarang oleh beliau mempunyai nilai-nilai keilmuan yang sangat tinggi.

Di dalam tafsirnya iaitu tafsir Mafatih al-Ghaib atau lebih dikenali sebagai tafsir Fakhr Al-Razi, mempunyai pelbagai jenis disiplin ilmu. Antaranya ilmu fikih, ilmu bahasa, ilmu kalam dan sebagainya. Hinggakan para ulama mengatakan bahawa tafsir ini menyerupai ensiklopedia. Tidak kurang juga ada ulama yang mengatakan bahawa tafsirnya ini tidak mempunyai nilai sebagai kitab tafsir.

Walaupun banyak kajian telah dijalankan dalam tafsir ini, masih tidak terdapat kajian terhadap ilmu bahasa secara khusus dalam tafsir ini. Justeru langkah- langkah untuk memahami tafsir ini dari sudut bahasa sangat penting untuk dikaji. Ini berikutan bahasa Arab memainkan peranan yang penting dalam memahami al-Qur'an.Antara ilmu yang penting dalam memahami al-Qur'an ialah ilmu bahasa Arab, ilmu asbab wa Nuzul, Ilmu fikah, ilmu nasakh wa mansukh dan lain-lain lagi.

06 October, 2010

Bahasa Arab .... tatabahasa Arab


“Intan belajar di mana sekrang” soal kawan saya.

“Ukm, huda buat ape sekarang? Dah kerja ? soal saya pula.

“ Oh saya sekarang dah bekerja di syarikat penerbangan mas”

“Intan ambil kos apa?

“ Alhamdulillah saya ambil kos bahasa Arab.”

“ wah bagusnya, meneruskan perjuangan arab ye”

Saya hanya tersenyum, mengingatkan kembali , saat-saat kami di Maahad Ahmadi dahulu. Segalanya sukar jika belajar bahasa Arab. Nahu pun tak kurang hebatnya, susah. Pelajaran nahu kami hafal sahaja begitu juga pelajaran senawi yang lain.

Pendek kata bila tiba peperiksaan kami akan menulis apa yang kami hafal di kertas periksa. Tiba sahaja keputusan keluar, keputusan kami berdasarkan apa yang kami hafal sahaja. Maklum lah, ingatan bukan kuat sangat, berbanding banyak ilmu-ilmu bahasa Arab yang kena hafal.

Sungguh indah waktu itu, sama-sama berusaha untuk memahami ilmu-ilmu agama dalam bahasa Arab.

Hari ini, penulisan tesis menuntut saya berhempas pulas memahami ilmu Nahu. Tetapi keadaan saya ketika ini, berusaha seorang. Mencari bahan seorang, meghafal seorang, berjumpa penyelia pun seorang, bak kata orang segalanya keseorangan. (Tapi bukan itu yang mahu saya bahaskan).

Saya juga mula memahami ilmu nahu ini amat penting. Jika dahulu ilmu itu, saya sekadar hafal dan faham sikit-sikit tetapi kini saya berusaha untuk memahami ilmu itu sedalam-dalamnya.

Ini kerana, ilmu Nahu amat penting untuk di fahami. Jika kita lihat ulama-ulama dahulu seperti al-Syafie, al-Qutubi, Ibn Atiyyah, al-Suyuti dan al-Zamakhyari,memastikan diri mereka memahami bahasa Arab dan nahu terlebih dahulu sebelum mendalami ilmu-ilmu lain.

Bukan sahaja ilmu-ilmu lain sahaja, al-Qur’an sendiri menggunakan bahasa Arab. Untuk baca dan memahami al-Qur’an juga memerlukan pengetahuan dalam bahasa Arab. Ia akan menambahkan kefahamana dalam memahami al-Qur’an dari segi susunan ayat, penceritaan dalam al-Qur’an, hukum-hukum dalam al-Qur’an dan sebagainya.

Jika di lihat kini, ramai yang membaca al-Qur’an tetapi tidak memahami apa yang disampaikan oleh Allah. Pemahaman tentang syariat juga kurang. Ini kerana pembacaan mereka yang kurang terhadap al-Qur’an.Rata-rata tidak membaca al-Qur’an dalam tempoh yang lama.

Hal ini perlu diperbetulkan. Ini berikutan al-Qur’an merupakan kalam Allah yang diturunkan agar menjadi petunjuk dan rahmat sekalian alam.

Untuk memahami al-Qur’an dengan lebih mendalam dan terperinci, ilmu bahasa Arab perlu dipelajari. Bahasa Arab perlu dikaji dari segi I’rab, dalalah, sorof dan balaghah.

Kesimpulannya

Bahasa arab amat penting untuk di pelajari agar memperolehi pemahaman yang jelas terhadap al-Qur’an dan ilmu-ilmu yang lain.

Bahasa Arab bukanlah sesuatu yang sukar untuk dipelajari. Melalui bahasa Arab kita akan menerokai pelbagai jenis ilmu Sama ada ilmu motovasi, ilmu falak, ilmu saians, ilmu psikologi dan lain-lain lagi.

Terokai lah al-Qur’an kerana ia merupakan lubuk segala macam ilmu.

01 September, 2010

Ya Allah Nikmatnya...




Ya Allah cepatnya bulan Ramadhan berlalu...

Masuk hari ini sudah 22 hari kita berpuasa. Masa berlalu tersangat pantas tanpa disedari. Tup..Tup ..dah 22 hari berpuasa. Diri mula menilai apakah yang ku dapat sepanjang 22 hari yang lepas..adakah Allah sudah mengampuni dosa-dosa ku..namun persoalan-persoalan itu masih belum terjawab..hingga saat berakhir dunia ini.. Apa yang pasti hidup perlu diteruskan taubat perlu diperhebatkan. Perbanyakkan amal ibadat ..teguhkan hati kuatkan azam dalam diri untuk terus berada dijalan yang benar. Alangkah buruknya orang yang hari ini lebih teruk dari hari semalam. Nauzubillah moga ku dijauhi darinya.

Syawal akan menjelma tidak lama lagi. persiapan raya semua sudah tersedia. Baju raya, tudung raya, kasut raya, tiket balik kampung ,semua sudah tersedia, hanya menanti hari sahaja menunggu kunjungnya syawal. TETAPI bagaimana hati kita adakah sudah raya dari dosa-dosa lama? Adakah Allah lapangkan hati-hati kita? Adakah kita dapat hati yang baru? yang bersih dari dosa-dosa lama? ku pasti ia sukar untuk dijawab, sukar untuk menegtahui. yang PASTI terus lah bermohon pada yang Esa agar ia memberikan kita hati yang bersih, tenang dan suci.

Pastikan kita dapat HATI BARU kerana ular pun berpuasa, setelah puasanya ia dapat kulit baru. Beruang pun berpuasa, setelah puasanya ia dapat tenaga baru. Beluncas pun berpuasa, setelah puasanya ia dapat bentuk dan wajah baru iaitu rama-rama. TAPi kita? dapat kah kita HAti BARU?

Moga ramadhan yang berbaki tahun ini dapat kita lebih melipat gandakan amalan kita. Jika Ramadhan pertama kita qiam 1 jam, jadikanlah sepuluh malam terakhir ini qiam kita menjadi lebih lama lagi masanya. Moga kita peroleh MALAM LAILATUL QADAR.. Hadiah dari pencipta untuk hambanya yang mencintainya dengan ikhlas.

sama-sama
TERUSKAN USAHA dan PERGIATKAN AMALAN SOLEH dan PERBANYAKKAN KHAIRAT

11 August, 2010

~~ Ramadhan Karim ~~


Assalamualaikum wbt...

Salam ceria buat semua di atas kehadiran bulan yang sangat di nanti-nantikan.... Jadikan Ramadhan kali ini terbaik berbanding ramadhan yang lepas...dan jadikan hari ini lebih baik dari semalam .. Moga kita tergolong di kalangan hambaNya yang beroleh keredhaan dari Allah S.W.T.

Sesungguhnya erti ramadhan itu sebenarnya bukan sekadar kita menahan lapar dan dahaga tetapi yang lebih penting dan tersangat penting kita menjaga atau lebih kepada menahan diri dari segala nafsu kita. Sama ada nafsu makan, tidur, minda , telinga, hidung dan sebagainya...

Nafsu itu ada baik dan ada buruknya. Jika kita tersalah menggunakannya ia membawa kita kemurkaan Allah. Maka disini letaknya taubat nasuha untuk kita membersihkan kembali segala karat-karat yang telah bersarang lama dalam diri kita..

Moga amalan di bulan mulia ini mampu menghapuskan segala dosa-dosa kita dan kita beroleh rahmat dan kasih sayang dari Allah.

Selamat menempuh bulan mulia RAMADHAN kali ini...mujahadah setiap detik ..Jadikan istiqfar sebagai zikir harian kita..

................................................................... :) :) :) .......................................................................................

18 July, 2010

Alhamdulillah Ala Kulli Syai'



Alhamdulillah segala pujian ku panjatkan buatmu ya Allah di atas kurniaan yang telah dikau kurniakan buat hambamu yang amat lemah ini.

Ya Allah, bantulah hambamu dalam urusan menulis tesis ini, jadikan lah kajian yang akan ku kaji mendapat keredhaan dan keberkatan dari Mu Ya Allah.

Ya Allah permudahkan lah dalam urusan menulisku. Tunjukkan lah daku jalan-jalan untuk ku mencapai keredhaan dan keberkatan dari Mu Ya Allah..

Rabbana Atina Fi Dunya Hasanah Wa fil A'-khirati Hasanah Wa qina Azab Bannar.

Amin ...Ya Rabbal Alamin..

21 June, 2010

2 Orang Sahabat

Alkisah ada dua sahabat sejati yang ditakdirkan untuk terus berjalan berdampingan di muka bumi ini. Dua sahabat itu selalu berjalan beriringan kemanapun mereka pergi. Sikap saling tolong menolong pun tidak pernah mereka lewatkan. Disaat sahabat yang pertama mengalami kesulitan, maka sahabat yang kedua pun segera datang untuk menolong. Begitu pun juga sebaliknya. Sejak berabad-abad mereka diciptakan, mereka selalu terlihat bersama dan hubungan mereka berdua semakin lama semakin dekat dan tak terpisahkan. Yang lebih menakjubkan, atas eratnya hubungan mereka berdua itulah efeknya bisa dirasakan oleh semua manusia.


Suatu hari sahabat kedua jatuh sakit. Sakit yang dideritanya ternyata sudah cukup lama menjangkiti sang sahabat kedua. Sahabat pertama pun sebenarnya pernah dijangkiti penyakit yang sama, tapi untungnya penyakitnya cepat dapat disembuhkan berkat banyaknya bantuan dari teman-temannya yang lain. Sahabat pertama bisa merasakan kepedihan dan kenyerian yang dialami oleh sahabat kedua. Kesedihannya bertambah ketika menyadari bahwa ternyata penyakit ini yang bisa menghilangkannya hanya sedikit dimuka bumi. Bahayanya lagi, penyakit yang disebabkan oleh virus itu sangat-sangat menular bagi yang tidak mempunyai perlindungan khusus terhadapnya. Penyakit itu disebabkan oleh virus yang bernama "orientalist".


Sahabat pertama bernama al Quran dan yang kedua bernama as Sunnah....
********


Begitulah kira-kira analogi kisah dari al Qur'an dan as Sunnah atau yang biasa disebut hadits, dua sahabat yang tak terpisahkan. Ketika seseorang akan membuat tafsir al Qur'an maka salah satu cara yang diperlukan adalah melakukan tafsir menggunakan hadits yang shahih. Didalam buku Ushul fi al-Tafsir yang ditulis oleh Muhammad bin Shaleh al Utsaimin, beliau menempatkan cara membuat tafsir al Qur'an dengan hadits di peringkat kedua setelah membuat tafsir al Qur'an dengan menggunakan al Qur'an. Begitu pun ketika akan mentafsirkan suatu hadits, maka yang pertama dilihat adalah bahwa hadits tersebut tidak bertentangan dengan yang ada di al Qur'an. Inilah yang disebut, dua sahabat yang tak pernah melewatkan untuk saling tolong menolong.


Ketika al Quran diragukan kebenarannya, maka para hafiz Qur'an (penghafal al Qur'an) pun unjuk gigi bahwa al Qur'an tidak ada perbedaan satu titik pun didalamnya. Ketika semua al Qur'an dimuka bumi ini dikumpulkan maka yang nampak tidak lain hanyalah kesamaan huruf antara mushaf yang satu dengan yang lainnya didalam setiap ayatnya. Maka al Qur'an pun selamat dari keragu-raguan. Surat Al Baqarah ayat kedua semakin mengokohkan pernyataan ini. "Kitab (al-Qur'an) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa".


Kedekatan dua hal tersebut tentunya akan berdampak positif bagi umat Islam dan umat manusia pada umumnya. Ini adalah janji Rasulullah saw dengan sabdanya, "Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang jika kamu berpegang teguh pada kedua-duanya maka kamu tidak akan sesat, yaitu al-Quran dan as-Sunnah" [HR. Ahmad, lbnu Majah]

Penyakit yang dimaksud adalah orientalis atau para pemikir barat yang tak henti-hentinya berusaha menyerang kedua pegangan umat Islam itu. Telah sejak lama penyakit yang bernama orientalism ini menghampiri al Quran dan as Sunnah. Orientalis ini adalah sekelompok orang-orang yang melakukan penelitian sedemikian rupa terhadap al Quran dan Hadits untuk menimbulkan keragu-raguan terhadap kedua hal tersebut dan menyebarkan pemikirannya ke umat Islam. Tokoh dibalik para orientalis ini cukup banyak yang diantaranya adalah Ignaz Goldziher dan Aloys Sprenger yang sangat bersemangat untuk membuktikan bahwa hadits itu bukanlah perkataan Nabi Muhammad saw, tapi merupakan bikinan para ulama di awal abad kedua hijriah.

Goldziher dan Usahanya

Goldziher menurunkan satu pasal khusus tentang penulisan hadits-hadits dalam pembahasannya Muhammedanische Studien dan jilid keduanya diterjemahkan kedalam bahasa Perancis oleh Leon Bercher tahun 1952 dengan judul Etudes sur la Tradition Islamique, Maisonneuve, Paris. Didalam pasal ini ia mengemukakan banyak dalil yang menyatakan bahwa pencatatan hadits dilakukan pada awal abad kedua hijriah. Begitu pun dengan Aloys Sprenger dalam bukunya, Das Traditionswesen beiden Arabern (Hadits Menurut Orang Arab).

Goldziher berpendapat bahwa hadits tidaklah berasal dari Rasulullah, melainkan sesuatu yang berasal dari abad pertama dan kedua Hijriyah. Artinya Goldziher berpendapat bahwa hadits adalah buatan ulama abad l dan abad ll H. Ia berkata, ”Bagian terbesar dari suatu hadits tidak lain adalah hasil perkembangan Islam pada abad l dan ll, baik dalam bidang keagamaan, politik, maupun sosial.Tidaklah benar bahwa hadits merupakan dokumen Islam yang ada pada masa dini, melainkan pengaruh dari perkembangan Islam pada masa kematangan."
Tujuan kaum orientalis ini bukan semata-mata demi ilmu dan penelitian belaka, bahkan sebagian mereka cenderung tidak mengakui sebagian sunnah. Seperti layaknya penyakit menular, maka gambaran pemikir orientalism ini sama saja. Buah pemikiran ini pun ada di Indonesia dan bisa dilihat dari pemikiran-pemikiran kaum liberal yang dengan serta merta berani melakukan kritik dan meragukan matan (isi redaksi) hadits yang telah jelas-jelas di teliti oleh yang jauh lebih ahli dibandingkan mereka seperti Imam Bukhari dan Imam Muslim.

Hadits = Perkataan Setan ?

Ingkar Sunnah pun kurang lebih sama. Sama-sama tidak mengakui as Sunnah (hadits) sebagai bagian dari fondasi Islam. Sebagian mereka bahkan berpendapat bahwa hadits adalah perkataan setan. Lalu bagaimana mungkin mereka yang tidak mempercayai hadits itu tetap melakukan sholat lima waktu. Inilah yang terjadi ketika ustadz Fauzi (ustadz saya) berdialog dengan seseorang yang menolak hadits dan hanya percaya al Quran. Ketika waktu maghrib tiba, maka semua yang hadir disitu melakukan sholat berjamaah tak terkecuali dia yang menolak hadits itu. Ini kan aneh, bagaimana dia bisa mengetahui tentang tatacara sholat lima waktu kalau tidak dari hadits. Bahkan apabila seumur hidupnya dihabiskan untuk mencari tatacara itu di al Quran pun tidak akan ketemu.

Perjalanan Mencari Hadits

Kalau kita membaca sejarah tentang perjalanan para perawi atau penyampai hadits dalam mengumpulkan hadits Rasulullah saw, maka terlihatlah sebesar apa kesetian mereka untuk melestarikan hadits nabi saw. Perjalanan mencari hadits itu berbeda-beda sesuai dengan pelaku, tempat tujuan dan waktunya. Ada yang menempuh jarak beratus kilometer hanya dengan jalan kaki seperti Abdullah bin Abdul Ghani (269 H).

Ada yang melakukan pencarian hadits semenjak berusia 15 dan 20 tahun seperti Abu Ya'la al-Mushili yang wafat pada tahun 307 H, dan juga dilakukan oleh Muhammad bin Ali yang digelari Abu at-Tursi yang wafat tahun 510 H. Bahkan ada yang melakukan perjalanan berpuluh-puluh tahun terus menerus hanya untuk mencari hadits. Orang yang melakukan perjalanan seperti ini misalnya Muhammad al-Ashbahani, penghafal hadits dan guru besar Islam yang sangat alim. Mereka inilah yang kadang disebut pengembara pencari hadits.

Jelas bahwa pencarian hadits ini tidak dilakukan secara serampangan. Bahkan orientalis Goldziher, betapapun ingkarnya ia terhadap pemberitaan kaum muslimin, masih terpaksa membenarkan bahwa pengakuan para pengembara pencari hadits itu tidak mengada-ada dan berlebih-lebihan. [Etudes sur la Tradition Islamique, hal.220]

Cabang Ilmu Hadits

Dalam men-tahrij atau meneliti dan mengkritik suatu hadits maka cabang-cabang dalam ilmu hadits pun harus dikuasai, seperti ilmu Al jahr wa ta'dil, ilmu Mukhtalaf al-Hadits, ilmu Ilalul-Hadits, ilmu Gharibul-Hadits, ilmu Nasikh Mansukh Hadits dan banyak lagi.

Tidak aneh jika Hazim al-Hamdzani, seorang pakar dalam bidang hadits yang wafat di Baghdad tahun 594, mengatakan, "Ilmu Hadits mencakup banyak jenis yang jumlahnya ratusan, masing-masing jenis merupakan ilmu tersendiri. Sekalipun seseorang menghabiskan umurnya untuk menuntut ilmu-ilmu tersebut, dia tidak akan mencapai batas akhirnya". [Al-Tadrib 9]

Maka bagaimana mungkin seseorang melakukan tahrij hadits hanya berdasarkan akal tanpa menguasai ilmu-ilmu tersebut. Bagaimana mungkin pula seorang muslim mengedepankan akal dalam menjalankan agamanya. Lihatlah apa yang dikatakan Umar bin Khaththab RA tatkala mencium Hajar Aswad : "Sesungguhnya aku tahu engkau hanya sekedar batu yang tidak bisa memberi madharat dan manfaat. Kalau tidak karena kulihat Rasulullah menciummu, tentu aku tidak akan menciummu." [HR. Bukhari dan Muslim, Mukhtashar Shahih Bukhari no. 795]. Apa yang dilakukan Umar RA itu hanyalah karena ingin mengikuti apa yang Rasulullah saw lakukan dan bukan karena batu itu akan memberi manfaat baginya. Ini menunjukan bahwa wahyu dan sunnah lah yang membimbing akal dan bukan sebaliknya.

Pembela as Sunnah

Goldziher dan orientalis lainnya, memang belajar hadits bukan untuk mencari kebenaran. Mereka mencari bukti bahwa apa yang dinamakan hadits tak ada kaitannya dengan Rasulullah. Ketika bukti itu -memang- tak ditemukan maka mereka membuat-buat alasan palsu untuk mendukungnya.

Para ulama tidak tinggal diam, salah satunya adalah Prof.Dr. Muhammad Musthafa al Azami (Guru Besar Ilmu Hadits Universitas King Sa’ud Riyadh KSA) dengan bukunya Studies In Early Hadith Literature dan sudah diterjemahkan dalam bahasa Indonesia. Beliau juga menulis buku The History of The Qur'anic Text (Sejarah Teks Alquran dari Wahyu sampai Kompilasi), 2003. Dan beliau juga menulis buku Studies in Hadith Methodology and Literature, 1977.

Dr. Subhi as-Shalih, menulis satu kitab yang diberi judul Ulum al-Hadits wa Musthalahu yang diselesaikan pada tahun 1977 dan dicetak kedalam bahasa Indonesia dengan judul Membahas Ilmu-Ilmu Hadits, cetakan Pustaka Firdaus Oktober 2002. Pembahasan dalam kitab ini cukup lengkap dan membahas dari segi keilmuan beserta pandangan-pandangan tentang kaum orientalis dan juga dijelaskan letak kejanggalannya. Insya Allah, dari orang-orang seperti merekalah virus orientalis bisa dilawan.

Ketika "mereka" tidak lagi menggunakan senjata bom, rudal, nuklir dan berbagai macam kekerasan untuk meredupkan cahaya Islam, maka ketahuilah, sekarang mereka telah mengganti senjatanya dengan Ghazwul Fikr atau Perang Pemikiran, suatu senjata yang sangat ampuh bahkan lebih ampuh dibandingkan rudal, bom dan senjata lainnya untuk meruntuhkan iman dan aqidah bagi yang tidak mempunyai persiapan dalam bidang ilmu keislaman seperti ilmu hadits dan sebagainya. Sudah siapkah kita melawan atau minimal bertahan ?....

Petikan dari blog Indonesia

RENUNGAN KATA-KATA SEMANGAT


"Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.".

17 June, 2010

MENSUCIKAN HATI YANG BERKARAT



Hati

Nabi Muhammad s.a.w berkata, "Sewaktu seorang hamba melakukan dosa, terbentuklah satu noktah hitam di hatinya. Apabila dia terus melakukan dosa, bertambah banyaklah noktah hitam itu menutupi hatinya sehingga hatinya menjadi karat." ( hadis riwayat Tirmizi, Nasai, dan Ibnu Majah)





Bagaimana bersihka hati?

Hati menjadi karat apabila seseorang berterusan melakukan dosa, namun karat ini dapat dibersihkan dengan bertasbih dan mendirikan solat tasbih, kecuali apabila seseorang itu melakukan dosa syirik iaitu menyekutukan Allah.

Selepas kita berjaya "membelah dada", menghadapkan wajah kita kepada Allah dan berpaling daripada selain Allah, langkah berikutnya adalah mensucikan hati kita daripada karat-karat dosa yang mengendap dalam hati.

Apabila kita tidak menghapuskan karat dosa itu, lama- kelamaan hati kita akan mati, umpama karat besi yang menghancurkan besi itu sendiri.


Besi yang dimakan karat menjadi hancur, ia tidak memiliki sebarang kekuatan walaupun pada mulanya, ia adalah bahan yang kuat dan keras.

Demikian juga hati manusia. Ia memiliki kemampuan yang dasyat. Namun jika tidak diselamatkan segera, maka ia akan mati. Apabila hati seseorang mati, ia adalah malapetaka yang abadi bagi orang itu kelak disisi Allah.

Allah pasti membakarnya dengan api neraka jahanam bersama-sama musuhnya iaitu iblis dan syaitan.

Jika sesesorang manusia hanya menurut hawa nafsu, mengikut syaitan dan iblis serta bertentangan dengan perintah Allah serta rasulnya, hatinya memencarkan cahaya nafsunya dan cahaya syaitan.

Kedua-duanya akan membentuk kabut hitam yang menutupi hati manusia daripada caya Allah dan cahaya nabi.

Akibatnya...

seluruh anggota tubuhnya berfungsi melayan keinginan nafsunya dan bersenandung dengan perilaku syaitan atau iblis.

Akhirnya.....

hatinya menjadi beku, tandus, gersang dan akhirnya mati..


KEsIMPULAnnya...

Bukan mudah mahu menjaga hati agar selalu berada di jalan Allah..

jadi...perkuatkan iman, sematkan iman didada, jadikan solat dan zikir dan amalan baik sebagai kekuatan untuk kita mencari hati yang sihat..yang tidak sakit... Waallahua'lam


sumber:

- 3T taubat, tasbih, Tahajud Oleh zaini Ali Akhbar




Bertaubat dengan berzikir



Nabi Muhammad memberikan contoh kepada umatnya supaya mereka sering bertaubat. Beliau melakukan taubat setiap kali merasa ada tabir yang membatasi hatinya dengan Allah. Nabi Muhammad berkata :

إنه ليُغان ُعلى قلبي فأستغفرالله في اليوم والليلة سبعين مرة

"Apabila aku berasa ada sesuatu yang menutupi hatiku, aku memohon ampun kepada Allah sebanyak 70 kali dalam sehari semalam." (hadis riwayat Muslim, Abu daud, Baqawi)

Rasulullah sering membaca zikir taubat berikut, yang bermaksud:

رب اغفرلي وتب علي إنك أنت التواب الغفور

" Ya Allah ampunkanlah segala dosaku dan terimalah taubatku kerana sesungguhnya engkaulah maha penerima taubat dan maha pengampun." (hadis riwayat Abu daud dan Tirmizi)



Wahai saudaraku yang sehati, sejiwa dan seperjalanan, syaitan dan iblis berjalan dalam diri kita dengan mengikuti peredaran darah kita. Kedua-duanya tidak rela kita berada dekat dengan Allah sehingga hari kiamat.


Mereka sentiasa mengaganggu hati setiap manusia , menggoda dan menyesatkan mereka supaya mereka tidak mendapat hidayah Allah. Syaitan dan Iblis berusaha menyesatkan manusia dengan silatulmustakim iaitu jalan lurus bagi hamba-hambanya yang bertakwa.


Oleh itu, Apabila susah bagi kita hendak berasa kusyuk di hadapan Allah, ini bererti syaitan dan iblis menutup hati kita.


DENGAN ITU, hendaklah kita SEGERA membaca doa taubat yang diajarkan nabi Muhamad sebanyak 70 kali. Itu adalah amalan nabi Muhammad yang perlu kita ikut.


Hikmah bertaubat kepada Allah

1) Terbukanya pintu keampunan Allah.

2) Hancurnya hijab hati yang terbentuk daripada dosa. Selepas Allah mengampuni Nabi adam, beliau berasa tenteram dan dekat dengan Allah kerana hijab hatinya terbuka.

3) Hati terhindar daripada virus hati.

4) Allah mewahyukan cara berzikir kepada nabi daud.

5) Terlepas dari kezaliman

6) Menjadi hamba yang beruntung.

7) Mendapat petunjuk Allah.

8) Menjad hamba yang dicintai Allah.

16 June, 2010


Sesungguhnya insan itu telah memuliakan oleh Allah, dengan diberi dua peranan penting iaitu :

1) sebagai hamba Allah yang harus mengabdikan diri dan
2) Khalifah di muka bumi yang dituntut melakukan pembangunan insan dan alam, menuju ke arah keamanan dan kesejahteraan serta keharmoniaan untuk dinikmati bersama.

Demi menjamin dua amanah yang penting ini dapat dilaksanakan dengan jayanya, maka Allah telah membekalkan kepada manusia dengan din samawi(agama ciptaan Ilahi)dan unsur-unsur positif dalam diri mereka.

Antara unsur-unsur positif itu ialah akal dan gharizah diniyah( naluri keagamaan). Dengan akal maka manusia dapat memahami dan menerima petunjuk Allah, sementara dengan adanya gharizah diniyah, maka manusia dibantu ke arah menerima hidayah Allah juga, kerana ia bertabiat mencintai nilai-nilai yang hak, murni, baik, dan indah. Di samping itu ia memebenci setiap yang batil, buruk dan keji.

02 June, 2010

Kasih seorang ibu

Bagaimanakah kita?

Adakah sudah kita mengecapi kejayaan tetapi melupakan ibu dirumah?

Tidak mempedulikan ibu ketika ibu memerlukan ?

Selalu kah kita bersama ibu kita?

Adakah kita terlalu mementingkan diri sendiri berbanding ibu?






Moga video ini sedikit sebanyak memberi kesedaran pada kita untuk terus menyayangi dan berbakti kepada ibu kita, amin!

Jika belum berbakti pada ibu ayah, berbakti lah sekarang , mulakan sekarang dengan telefon dan bersua muka...takut-takut kita tidak sempat kita menatap wajah kedua-duanya.

Jika terasa hati dengan ibu, maafkan lah mereka dan ingatlah jasa mereka ketika susah payah menjaga kita.

Jika tidak mahu juga menyayangi ibu dan bercakap baik dengan mereka, berdoalah agar diberikan hati yang lembut dan lunak untuk menyayangi ibu dan orang disekeliling kita.

Lawan lah syaitan yang ada dalam diri kita.Moga itu menjadi jihad kita melawan musuh.dan diberi pahala setimpal dengan keikhlasan kita.


ALLAHU AKBAR>> ALLAHU AKHBAR >>> Sayangi ibu anda ...

27 May, 2010

PENYEMBUHAN PENYAKIT

Petunjuk Rasulullah s.a.w Dalam Mengubati Duka Lara


Dalam menjalani kehidupan kita sebagai manusia , kita tidak akan terlepas dengan duka berikut ada doa-doa dari Rasulullah s.a.w.mari kita amalkan.Moga Amalan kita diterima Allah.


1. Bukhari, muslim meriwayatkan hadis dari ibnu Abbas bahawa Rasulullah s.a.w apabila dilanda kesusahan beliau menyebut:


لا إله إلا الله العظيم الحليم لا إله إلا الله رب العرش العظيم لا إله الا الله رب السموات السبع ورب الأرض رب العرش الكريم


ertinya:
Tiada tuhan kecuali Dzatnya Yang Maha Agung dan Maha penyantun. Tidak ada Tuhan kecuali Allah, Tuhan Pemilik Arasy Yang Maha Agung. Tidak ada tuhan kecuali Allah, tuhan tujuh lapis langit dan bumi Tuhan pemilik Arasy Yang Maha Mulia


2. Tirmizi meriwayatkan bahawa apabila Rasulullah s.a.w ditimpa sesuatu perkara, beliau berzikir:

يا حي يا قيوم برحمتك استغيث

ertinya:
Wahai Zat Yang Maha Hidup, Wahai Zat Yang Maha Berdiri Sendiri, dengan rahmat mu aku memohon pertolongan.


3. Dalam musnad Imam ahmad disebutkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

"Tidak menimpa pada seseorang hamba perasaan duka cita dan kesusahan , maka dia berdoa :

اللهم اني عبدُك ابن عبدِك ابن أمتِك ناصيتي بيدك ماضٍ في حكمُك عدل في قضاؤك أسألك بكل اسم هو لك سميت به نفسك أو أنزلته في

كتابك أو علمته أحدا من خلقِك أو استأثرت به في علم الغيب عندك ان تجعل القرآن العظيم ربيع قلبي ونور صدري وجلاء حزني وذهاب

همّي

ertinya:
Aku Hambamu Anak hambamu (lelaki) anak hambamu(perempuan) pada genggaman Mu ubun-ubunku, hukuman Mu atau ketentuan Mu berlaku pada kekuasaan Mu, Keputusan Mu adalah adil. aku memihon kepada Mu dengan (menyebut) tiap-tiap nama yang engkau berikan kepada diri Mu atau yang Engkau turunkan pada kitabmu, atau yang engkau ajarkan kepada seseorang dari makhluk Mu atau yang Engkau simpan pada perbendaharaan ghaib dari ilmu Mu agar engkau jadikan Al-quran cahaya dadaku, teman hatiku, penghalau dukaku dan penolak kesedihanku..

Buat Akhirnya,
Moga setiap apa yang kita buat dan perkatakan mestilah bersandarkan kepada Allah, sama ada memohon keampunan darinya, memohon kekuatan dariNya, Berserah diri pada Nya.

Moga Kita terpilih diantara hamba-hambanya yang beriman dengan sebenar-benar iman dan ketaqwaan kepada Nya.AMIN!


13 May, 2010

Bahasa Arab ??


Keistimewaan Bahasa Arab


Ernest Renan 1823-1892 seorang penulis perancis mangagumi bahasa arab yang mana bahasa arab merupakan bahasa yang paling sempurna. Pemilihannya sebagai bahasa al-quran telah memartabat dan menyerlahkan lagi keistimewaan bahasa ini.

Bahasa arab telah dinobatkan sebagai bahasa Al-Quran sejak lebih dari 1400 tahun yang lalu iaitu semenjak penurunan wahyu Allah kepada utusan-Nya, Muhammad s.a.w.Dalil kedudukan bahasa ini di dalm Al-quran, firmannya:

إنا أنزلناه قرآناعربيا لعلكم تعقلون

Maksudnya:
Sesungguhnya kami telah turunkan Al-Quran berbahsa Arab, mudah-mudahan
kamu semua berfikir.

keistimewaan dan keunikan nya dapat dilihat dari segi :

a) Kaya dengan kosa kata
b) Kaedah Analisis struktur ayat yang sempurna dan berbeza dengan bahasa lain.
c) Sistem sorof yang unik
d) Berdaya tahan dan ringkas



a) Kaya dengan kosa kata

Al-quran bukan sahaja sumber utama dalam perundangan tetapi juga digunakan dalam penghujahan bahasa. Penurunannya telah membawa pelbagai kosa kata yang kaya dengan perbendaharaan bahsa arab. Sebagai contoh perkataan الجون membawa dua makna yang berlainan iaitu putih dan hitam.


Contoh lain perkataan النصر dan الظفر walaupun kedua-duanya mempunyai erti yang sama iaitu kemenangan atau kejayaan tetapi pada hakikatnya di dalam al-quran membawa makna yang berbeza.



Kebanyakan di dalam Al-Quran menyentuh tentang kejayaan sesuatu, menggunakan perkataan النصر, kejayaan itu memerlukan pengorbanan nyawa dan harta dan melibatkan peperangan antara ayat berkaitan perkataan ini :

ولقد نصركم الله ببدر وأنتم أذلة فاتقوا الله لعلكم تشكرون

surah Ali-Imran: ayat 123

Manakala perkataan الظفر hanya digunakan satu tempat sahaja di dalam Al-Quran iaitu ayat yang memperihalkan kemenangan orang Islam tanpa peperangan di dalam pembukaan Kota Mekah di dalam surah al-Fath ayat 24, firman Allah:

وهو الذي كفّ أيديهم عنكم وأيديكم عنهم ببطن مكة من بعد أظفركم عليهم وكان الله بما تعملون بصيرا

maksudnya:
Dan dialah yang mencegah tangan mereka dari membinasakan kamu dan mencegah
tangan kamu dari membinasakan mereka di tengah kota Mekah , setelah Allah
memenang kan kamu atas mereka. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu
kerjakan.


Di sini jelas sedikit sebanyak menunjukkan bahawa di dalam Al-Quran kaya dengan kosa kata.


b) Kaedah analisis struktur ayat yang sempurna dan berbeza dengan bahasa lain.

Antara perkara yang menunjukkan keunikan dan keistimewaan bahasa ini dalam kategori ini ialah i'rab . I'rab ialah perubahan pada tanda baris (harakah) iaitu fathah, kasrah dan dhammah di setiap akhir perkataan dalam penulisan atau pertuturan bahasa arab atas faktor-faktor tertentu.

c) Sistem sorof yang unik

Contoh yang paling baik ialah pecahan perkataan (ishtiqaq) tertentu sama ada kata nama atau kata kerja dengan penambahan partikel-partikel atau dengan huruf mazidah yang akan membawa kepada makna berlainan atau makna yang baru walaupun kata dasarnya adalah sama.


Misalnya: perkataan نصر boleh jadi
منصر : alat memotong
انصر : harus menolong
ناصر: yang menolong
نصرا : menolong


d) Berdaya tahan dan ringkas

Bahasa arab merupakan salah satu bahasa yang tertua di dunia. namun ia tidak lapuk ditelan zaman walaupun telah berusia beribu-ribu tahun. Walaupun begitu ia tetap kekal dalam keadaan uniknya seperti kaya kosa kata, struktur ayat yang retorik , ilmu morfologi dan tatabahasa yang mantap sastera yang indah dan lain-lain.


Bahasa ini juga terkenal dengan i'jaz. struktur ayatnya pendek dan ringkas kadagkala memberi pengertian yang panjang dan mendalam melalui pelbagai bentuk dan kaedah.

Keunikan bahasa arab banyak dipengaruhi oleh i'jaz lughawi. Antara contoh al-i'jaz al-Lughawi yang terkandung di dalam Al-Quran ialah penggunaan dua atau beberapa perkataan yang maknanya seerti menurut kamus tetapi pada hakikatnya membawa maksud tersendiri atau berbeza dari sudut semantik.


Perkataan الأبوان dan الوالدان contohnya , merujuk kepada ibu bapa dalam penggunaan bahasa kamus.Namun hakikatnya, al-Quran membezakannya.


الأبوان lazimnya digunakan di dalam Al-Quran untuk mengagungkan kedudukan ibubapa dan membicarakan adab bertutur terutamanya ketika memanggil mereka. Perkataan ini juga boleh membawa maksud ibu bapa dan keturunan nenek moyang .

Firman Allah:

كما أتمها على أبويك من قبل إبراهيم وإسحق إن ربك عليم حكيم
Maksudnya:

... sebagaimana ia telah menyempurnakan kepda datuk nenekmu dahulu Ibrahim dan Ishak.. (surah Yusuf:6 )

Manakala الوالدان hanya ditujukan kepada ibu bapa sahaja dan tidak melibatkan keturunan. Selain itu, ia lazim digunakan untuk menyeru anak-anak berbuat baik dan berlemah lembut semasa bermuamalah dengan ibu bapa.

Firman Allah:

وبالوالدين إحسانا

Maksudnya:

Dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.( surah Al-Isra' : 23)



KESIMPULANNYA

Bahasa Arab bukan sekadar satu wasilah untuk berkomunikasi dan memahami antara satu sama lain, bahkan merupakan satu acuan yang membentuk tamadunArab.

Sejak dahuulu lagi iaitu sebelum kedatangan Islam , bahasa ini mempunyai kaitan dengan nilai-nilai peradaban dan ketamadunan sesebuah bangsa seperti Ilmu pengetahuan, Pemikiran, Politik, dan ekonomi.


Sehingga kini bahasa Arab terus berkembang sehingga setaraf dan diterima oleh masyarakat dunia sebagai bahasa antarabangsa.Menurut sumber- sumber terkini , jumlah penutur bahasa arab diseluruh dunia kini menjangkau 200 juta orang.


Bahasa Arab dipelajari untuk memahami isi kandungan kitab suci al-Quran dan mesej yang disampaikan oleh nabi. Justeru itu lahirlah pelbagai ramai pentafsir dari kalangan sahabat , tabii dan generasi seterusnya.


Justeru ,peranan bahasa arab pada alaf ini dalam perkembangan tamadun Islam melalui pelbagai bidang dilihat semakin terselah. Ini menunjukkan bahawa bahasa ini mengalami perkembangan positif selaras dengan peranannya sebagai bahsa antarabangsa.



Rujukan:

1) Mengenali bahasa Arab melalui Al-quran, Lubnan Abd Rahman,Arnida A.Bakar, Wan Azura Wan Ahmad, 2008, USIM.

2) Ilmu Sorof , h.Moch Anwar, 1985, Bandung

3) Dirasat Jadidah fi I'jaz Al-Quran, Abd Aziz Ibrahim, Qahirah











11 May, 2010

Tajuk Tesis

Assalamualaikum wbt.

Sahabat-sahabat ,

ana masih kekurangan idea untuk buat tajuk tesis.

Jika ada sesiapa yang boleh bagi sumbangan buah fikirantentang tajuk tesis ana amat hargai...

<>.

10 May, 2010

TAUBAT


Taubat



Album : Ya Rahman
Munsyid : Opick
http://liriknasyid.com

Wahai Tuhan jauh sudah
Lelah kaki melangkah

Aku hilang tanpa arah

Rindu hati sinarmu

Wahai Tuhan aku lemah
Hina berlumur noda

Hapuskanlah terangilah Jiwa
di hitam jalanku


Ampunkanlah aku
Terimalah taubatku
Sesungguhnya engkau
Sang Maha Pengampun Dosa

Ya Rabbi ijinkanlah
Aku kembali padaMu
Meski mungkin takkan sempurna Aku sebagai hambaMu

Ampunkanlah aku
Terimalah taubatku
Sesungguhnya engkau Sang Maha Pengampun Dosa
Berikanlah aku kesempatan waktu
Aku ingin kembali

Kembali kepadaMu
Dan mungkin tak layak Sujud padaMu
Dan sungguh tak layak aku


30 March, 2010

AYUH TERUSKAN MELANGKAH !!!




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Firman Allah :

والعصر * إن الانسان لفى خسر * إلا الذين ءامنوا وعملوا الصالحات وتواصوا بالصبر*

Mafhumnya: Demi masa sesungguhnya manusia berada dalam kerugian , kecuali orang-
Orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.


Otak mula ligat memikirkan apa yang perlu di awalkan dulu kerja untuk hari ini.Asgment yang masih berbaki satu yang menuntut kami membentangnya sebelum peperiksaan membuatkan kami terpaksa mencari-cari masa yang sesuai untuk membelek lembar demi lembar kitab yang bersesuaian dengan tajuk.

Pensyarah menuntut kami sendiri mencari tajuk-tajuk yang sesuai untuk dikaji. Bagi kami tajuk merupakan satu bahagian dari bahagian yang susah juga.Hendak mencari manhaj yang sesuai ditambah pula masa yang diberikan seminggu membuatkan kami kelam kelibut mencari tajuk dan dalam masa yang sama menuntut kami agar membaca semua buku yang berkaitan dengan manhaj pengkajian bahasa arab.

Alhamdulillah akhirnya tajuk kami diterima tapi kena buat analisis pula. Kami berkira-kira cukupkah masa seminggu ni? Nak mencari-cari kitab yang agak terhad disini ditambah pula terpaksa berebut-berebut kitab? Nak membacanya ? nak menaip arabnya ye lah..bukannye laju sangat tangan ni menaip arab kalau bm tu alhamdulillah? Kalau tulis tangan tu laju juga. Nak tak nak terpaksa la juga cari masa untuk settlekan semua ini.Moga Allah permudahkan kami.

Begitulah sedikit sebanyak rencah sebagai mahasiswa dan mahasiswi yang tak dapat lari dari masa. Dan lebih-lebih lagi kita sebagai khalifah di muka bumi ini. Pada kebiasaannnya pada ketika ini baru kita merasai betapa pentingnya masa. Pada ketika ini baru kita menyesal dengan masa-masa lalu kita.kenapa kita tidak menghargai masa sebelum ni? Kenapa kita tak geledah buku-buku yang ada di perpustakaan tu?kenapa waktu dulu kita tak menderma? kenapa waktu dulu kita tak cuba berdakwah?..kenapa...dan kenapa...semua persoalan ini ditimbulkan tatkala kita berada dalam waktu tersepit..ingat 5 perkara sebelum 5 perkara : sihat sebelum sakit, lapang sebelum sempit, kaya sebelum miskin, muda sebelum tua dan hidup sebelum mati.

Sedikit coretan buat sahabat-sahabat perjuanagan Moga kita terus melangkah menuju ke destinasiNya. Jadikan belajar sebagai medan dakwah kita dan medan jihad kita. Lengkapkan diri masing-masing dengan segala persiapan dan peralatan yang patut untuk berperang nanti. Jadikan masa sebagai sesuatu yang amat bernilai buat diri kita.Ingatlah masa yang pergi takkan kembali lagi.Kelak kita akan menyesal dengan pengisian masa yang tidak berfaedah.

Moga kita tergolong dalam pahlawan yang bergerak maju kehadapan dalam menegakkan kalimahNya dan beroleh keredhaanNya. Mari sama-sama berjihad dengan mata pena agar dapat mengalahkan musuh walau hanya dengan sebatang pen.Ayuh terus melangkah ! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

25 March, 2010

Sekilas Pandang




Ayatullah Khomeini


Ayatullah Ruhullah Khomeini adalah seorang ulama yang berhasil mengubah Iran dari negara secular menjadi republic Islam. Dia lahir dalam keluarga ulama pada 24 September 1902 di Khomein, sebuah desa kecil di Iran tengah.

Imam Khomeini memulai pendidikannya dengan pelajaran membaca dan menulis di Kota Khumain dari Mirza Ahmad. Kemnudian dia memasuki sebuah maktab dengan guru-gurunya Mulla Abu al-Qasim dan Syeih Ja’far.

Pada usia 15 tahun Khomeini telah menyelasaikan studi Islam dan menekuni bahasa Arab. Usia 17 tahun beliau dikirim oleh Sayyid Murtadha ke arak, kota tempat Syeikh Abd al-Karim Ha’iri mengajar. Di bawah bimbangan Ha’iri, Imam Khomeini mempelajari falsafah dan mempelajari tasawuf di bawah bimbingan Mirza Ali Akhbar dan Ayatullah Muhammad Ali Syahabadi sebagai gurur utamanya dalam bidang tasawuf. Di sini kelihatan bahawa Khomeini sudah mempunyai jaringan intelektual dengan ulama-ulama besar Qum.

Ayatullah dan Syiah

Tahun 1978 / 1979 telah menyaksikan kebangkitan besar-besaran pengaruh Syiah di bawah kepimpinan Ayatullah Khomeini menjatuhkan kepimpinan diktator Shah Iran, Muhammad Reza Pahlavi. Pengisytiharan Khomeini terhadap penubuhan Republik Islam Iran bagi menggantikan kerajaan Shah Iran, dilihat oleh dunia sebagai pencetusan suatu momentum besar terhadap kebangkitan semula kuasa Islam di dunia.
Namun, penelitian yang dibuat terhadap Republik Islam Iran telah memperlihatkan realiti yang berbeza. Ia adalah sebuah kebangkitan yang amat khusus mewakili kelompok Syiah Imamiah semata-mata tanpa sebarang perkongsian visi dan misi dengan Sunni.

Al-Marhum Said Hawwa yang memimpin gerakan Islam di Syria telah berkunjung ke Iran untuk bertemu sendiri dengan Khomeini dan meneliti sejauh mana Khomeini serius di dalam usahanya membebaskan bumi Palestin yang terjajah. Akan tetapi, hakikatnya adalah sangat mengejutkan. Bagi Said Hawwa, Khomeini dan Revolusinya itu, hanyalah lanjutan kepada makar Syiah yang dusta. Sekembalinya beliau dari Iran, Said Hawwa telah menulis sebuah makalah bertajuk al-Khomeiniyyah ““ Syudzuz fi Al-”˜Aqaid wa Al-Mawaqif (Khomeinisma: Keganjilan Pada Aqidah dan Pendirian Politik). Khomeini telah melanjutkan celaan Syiah terhadap para Sahabat malah peminggiran secara berpelembagaan terhadap ajaran Ahli Sunnah dan identiti selain Syiah telah dilakukan secara terang-terangan.

Said Hawwa telah menghuraikan dengan terpeinci segala perkembangan semasa golongan Syiah pasca Revolusi Iran di tanah air umat Islam. Hakikat Hizbullah dan Harakah Al-Amal, perkembangan di Lubnan, Syria, Turki, Pakistan dan India, pemisahan Pakistan Timur (Bangladesh), bahkan mengunjur hingga ke Afrika, semuanya menggambarkan siapakah sebenarnya pendukung Khomeinisma dan apakah hakikat mereka. Catatan paling hitam peperangan Iran ““ Iraq telah meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada kekuatan umat di rantau berkenaan.

Beliau juga menjelaskan tentang kerjasama-kerjasama sulit Iran dengan negara-negara seperti Libya, Lubnan, bahkan dengan Israel dan Soviet Union. Said Hawwa menekankan tentang lawatan berterusan wakil-wakil kerajaan Soviet Union ke Iran yang mana semua itu bercanggah sama sekali dengan laungan-laungan Khomeini di era Revolusi Iran yang diperjuangkannya.

Kekayaan umat Islam terbuang semata-mata untuk menghadapi gejala ini, bahkan kebangkitan Umat Islam juga mengalami kerugian akibat penglibatan Syiah di dalam gelanggang kebangkitan umat. Anasir-anasir kekuatan umat Islam banyak dipengaruhi Syiah lantas kelebihan itu tersalur ke arah yang bukan membawa kepada matlamat sebenar perjuangan umat, bahkan ke arah kepentingan Syiah semata-mata. Penampilan proses perlaksanaan Islam yang salah berlaku di Iran, apabila perlembagaan Iran mengaktakan mazhab sebagai dasar negara.

Jika sebahagian Syiah bersikap melampau di dalam prinsip taqiyyah (berpura-pura) mereka, kini di era Khomeini dan Revolusi Iran, taqiyyah itu menjangkau kepada penglibatan senjata api. Di suatu masa, Khomeini melaungkan penentangannya terhadap penguasaan Yahudi di Palestin tetapi di dalam masa yang sama, mengadakan kerjasama sulit dengan pihak musuh itu dan memberikan kemaslahatan kepada mereka.
Kesimpulan

Ayatullah merupakan seorang ulama, juga seorang negarawan. Ia mempunyai ulama yang menjadi pemimpin negara untuk pertama kalinya dalam sejarah moden di dunia Islam.
Revolusi 1979 menyaksikan Imam Khomeini bersama rakyat Iran telah berhasil menjatuhkan pemerintahan monarki Pahlevi, dan menggantikannya dengan sistem republik menurut konsep wilayah al-Faqih.


Rujukan

1- Pemikiran Modern dan Postmodern Islam oleh Didin Saefuddin.
2- Blog Ustaz Hasrizal

08 March, 2010

MaSdAr BaHasa ARab

Alhamdulillah segala puji pujian buatNya yang memberi kesempatan untuk berkongsi ilmu dengan para sahabat..InsyaAllah hari ini, saya akan ceritakan sedikit apa yang dimaksudkan dengan masdar atau kata terbitan..

Kajian telah dibuat menunjukkan betapa ramai yang masih tidak tahu atau tidak pandai dalam menggunakan sighah masdar ini.Justeru, kita lihat banyak kajian-kajian yang dibuat mengenai masdar ini.

Seperti semua maklum masdar ni merupakan salah satu elemen yang terpenting dan mempunyai keistimewaan dan kedudukan yang tersendiri dalam bahasa arab.Ia mempunyai hubungan dengan elemen lain seperti kata nama, kata kerja, dan sebagainya yang saling berkait rapat antara satu sama lain.

KEPENTINGAN MASDAR

1) membezakan antara jenis, unit, fungsi ataupun peranan masdar serta pola kata kerja yang berkaitan dengan masdar.

MASDAR

Abd al-Ghaniy mendefinisikan masdar ialah Kata nama yang menunjukkan perbuatan sahaja.Manakala Fakhr Al-Din Qabawat menjelaskan definisi masdar ialah kata nama yang menunjukkan perbuatan yang tidak terikat dengan masa.

contoh : جلوس

yang bermaksud duduk.Ia sebagai masdar yang menerangkan perbuatan duduk tetapi tidak dinyatakan masa bila berlakunya perbuatan tersebut.

JENIS-JENIS MASDAR

1) Masdar sarih
dikenali juga sebagai masdar asli, am, mutlak, hakiki ataupun mujarad.Ialah kata nama yang menunjukkan makna sesuatu perbuatan yang terjadi tanpa terikat dengan unsur-unsur masa.

contoh: زرع: زراعة
زرع bermaksud menanam dan masdarnya bermaksud penanaman.

2) Masdar Mu'awwal
Ia terhasil daripada huruf-huruf masdar yang bergabung, sama ada dengan kata kerja lepas atau kata kerja masa kini.Hasil gabungan tersebut dinamakan sebagai ayat silah yang boleh ditakwilkan dengan masdar sarih.

contoh: أريد أن أجلس بجنبك
أن أجلس dinamakan muawwal yang terdiri daripada gabunga partikel an dan kata kerja masa kini.takwil ayat : أريد الجلوس بجنبك

3) Masdar mimiy
kata nama yang bermula dengan huruf mim tambahan di awalnya yang menunjukkan perbuatan yang berlaku.Persamaan masdar mimiy dengan masdar asli ialah kedua-duanya menunjukkan kejadian atau perbuatan yang berlaku.Bezanya cuma masdar mimiy di awalnya huruf mim tambahan dan masdar asli pula tiada huruf mim tambahan di awalnya.

Contoh: مطلع , مدخل , مودة
مدخل: terbit, مطلع :terbit, مودة : kasih sayang

4) Masdar Marrat
merupakan kata nama yang menerangkan perbuatan yang berlaku sekali sahaja.
Syarat-syaratnya:
1. mesti menggunakan fi'il tam.fi'il naqis seperti kana dan kawn-kwnnya tidak boleh digunakan.

2. mesti gunakan fi'il yang merujuk kepada perbuatan fizikal sahaja dan tidak boleh menggunakan fi'il yang menunjukkan perbuatan abstrak seperti علم ,فهم

3. mesti menggunakan fi'il yang tidak menunjukkan sifat yang tetap.kata kerja seperti قبح , كرم, حسن

5) Masdar Hai'at atau masdar Nau'
Kata nama yang menerangkan keadaan atau jenis perbuatan yang berlaku.
contoh : يعيش المسلم عيشة كريمة
"Orang Islam yang hidup dalam keadaan kehidupan yang mulia"

syarat nya sama dengan syarat masdar al-marrat.

6) Masdar sina'iy
kata nama yang diletakkan huruf ya di hujungnya yang bersambung dengan huruf ta selepasnya.

contoh : الإنسانية
Ia berasal daripada perkataan الإنسان. Makna asal perkataan insan bermaksud manusia tetapi dengan penambahan huruf ya dan ta' marbutah telah mengubah maksud asal perkataan tersebut kepada makna baru yang lebih luas, iait sifat kemanusiaan, memiliki perasaan simpati, toleransi, dan sebagainya.


Sedikit sebanyak tentang masdar.Bagi yang mahu lebih lagi maklumat tambahan tentang boleh baca buku " Masdar Bahasa Arab: Fungsi dan penggunaan oleh Azlan Abd Rahman.

01 March, 2010

Kalau Benar Cintakan Allah




Sebutlah nama Allah sebanyak-banyaknya.Allah berfirman dalam surah al-fath:

لتؤمنوا بالله ورسوله وتعزروه وتوقروه وتسبحوه بكرة وأصيلا

Yang bermaksud: agar kamu semua beriman kepada Allah dan Rasulnya, menguatkan (agama) –Nya, membesarkan-Nya dan bertasbih kepada pagi dan petang.

Bertasbih disini bermaksud kita berzikir dengan kuantiti dan kualiti yang tinggi. Zikir lidah, zikir hati, dan zikir perbuatan semuanya menjurus kepada membesarkan Allah dan segala yang lain kecil belaka.

Lidah menyebut nama Allah, lalu hati merasakan kebesaran dan keagungan-Nya dan tindakan menyusul apabila kita selaraskan segala perbuatan dengan hukum-hakamnya.Itulah zikir yang hakiki.Kesannya sepadu.Ia akan memberi ketenangan dan kekuatan.

Namun apabila Allah dilupakan, umat akan kurang menyebut nama-Nya lagi.Ketika itu hati-hati pun lalai daripada merasakan kebesaran dan keagungan-Nya.Akibatnya hokum-hakam diabaikan dalam tindakan dan perbuatan. Apabila ini terjadi jangan ditangisi jika Allah “lupakan” kita.

Allah hanya menjadi pembela kepada orang yang bertakwa.Orang yang bertakwa adalah orang yang banyak mengingati-Nya dengan lidah, hati dan perbuatan.Menjadi seorang muslim sahaja(bukan muttaqin), tidak melayakkan kita mendapat jaminan bantuan dari-Nya. Siapakah kita, Muttaqin atau hanya Muslim??

BIMBANG DOSA

Saiyidina Umar pernah mengingatkan, bahawa dia lebih bimbangkan dosa-dosa yang dilakukan oleh tentera Islam berbanding kekuatan dan perancangan musuh.Dosa-dosa akan menghalang daripada datangnya bantuan Allah kepada kita.Kenapa orang melakukan dosa?? Jawabnya kerana lupakan Allah.Lupa zikir kepada-Nya.Justeru, untuk mendapat kekuatan, elakkan dosa. Dan untuk elakkan dosa sentiasalah mengingati Allah.

Ya,masakan orang yang sentiasa ingatkan Allah tergamak bergelumang dengan dosa? Jika terlanjur sikit mereka segera bertaubat.Orang yang beginilah akan mendapat bantuan Allah dalam apa yang mereka usahakan dan perjuangkan. Mereka disokong oleh kawan dan dihormati oleh lawan. Blum pun bertempik, hanya berbisik, orang akan ukur dan tunduk.

APABILA ALLAh AKRAB...

Apabila Allah akrab dengan kita, siapakah yang berani memusuhi kita? King Richard yang berhati singa itu tunduk kepada Sultan Salehuddin al-Ayubi.Mengapa? Apakah hanya kerana kekuatan Salehuddin? Tidak, tetapi kerana akhlak dan keperibadiannya yang ditempa dengan zikrullah. Hasilnya, sifat pemaaf, kasih sayang dan prihatinNya, tidak terbatas.Merentas sepadan bagsa, negara, agama.

Musuh tidak terlalu laju,tetapi umat Islam yang terlalu perlahan.Kita seharusnya ke depan dengan roh cinta dan kasih sayang. Dengan cinta kita berdakwah, berhujjah, dan menjelaskan dengan penuh hemah, dan hikmah tanpa dibauri oleh kebencian dan prasangka.

Dengan cinta kita tidak hanya menyebut namaNya, mengingatinya, dan mendaulatkan hukum hakamnya dalam diri tetapi kita akan kembangkan sayap cinta itu ke dalam rumah tangga, organisasi, masyarakat, dan negara.

Kalau benar cintakan Allah, cintailah diri dan umat ini dengan banyak mengingati-Nya.Bangun seawal subuh, bersih dan sucikan diri. Lalu solatlah untuk mengingati-Nya. Kemudian bertebaran lah di muka bumi untuk mencari rezeki yang halal dengan meninggalkan segala bentuk rasuah, riba dan penyelewengan.

Atur keluarga mengikut syariat. Jauhkan pendedahan aurat.Perangi pergaulan bebas, racun hedonisme, dan fesyen bohemian dalam kehidupan diri dan remaja kita.Bersiasahlah tetapi jauhi fitnah dan kepentingan diri. Ingat Allah! Jaga halal haram dalam setiap perilaku dan perbuatan.

Kalau benar cintakan Allah..... ingatlah, cinta itu bukan kata-kata, love is verb(cinta itu tindakan) Bangkitlah dengan kecintaan bukan dengan satu kebencian.Jangan marahkan orang yang tidak cinta...jika kita sendiri tidak mencintai...Marahkan diri dulu , sebelum marahkan orang lain.

25 February, 2010

Isu-isu Pemikiran Liberal di Malaysia




Aliran Islam liberal wujud hampir di setiap negara umat Islam.Nama mereka berbeza-beza dan mungkin tidak dikenali dengan nama tertentu, Tetapi manhaj dan gaya mereka tetap sama iaitu meragui syariat dan hukum-hukum agama, berprasangka buruk terhadap ulama dan mentafsir agama dan al-quran melalui akal secara bebas.

Golongan Islam Liberal yang terdapat di Malaysia sekalipun tanpa memakai dan tidak menggunakan gelaran Islam liberal secara terang-terangan sebagaimana yang berlaku di Indonesia. Mereka ini bersifat meniru apa yang wujud di Negara Timur tengah dan Indonesia.Contohnya ada pihak yang menentang apabila pihak berkuasa bertindak merobohkan markas kerajaan Ayah Pin dengan alasan satu bentuk penindasan terhadap golongan minoriti.

Antara tokoh-tokoh Islam Liberal yang dapat dikenali melalui tulisan-tulisan mereka ialah :

1) Kassim Ahmad
2) Sister In Islam(Zainah Anwar)
3) Faris md Nor
4) Akhbar Ali

Contoh Kes:

1) sambutan kongsi Raya,iaitu menyambut perayaan agama secara bersama-sama diantara agama Islam,Hindu,Kristian, dan cina

2) Golongan Islam Liberal pernah menolak pandangan para mufti yang ianya haram dan bertentangan dengan Islam sebagai Jumud, Kolot, atau berfikiran kolot.Astora Jabat telah melabelkan sebagai ulama merapu dalam majalah Al-Islam.

Islam Liberal ini dapat dilihat melalui:

1) Ayat-ayat al-quran perlu ditafsirkan semula agar selari dengan peredaran zaman
2) Meragui kesahihan sebahagian teks Al-Quran dan penyusunannya.
3) Menolak dan mempertikai Hadis Nabi s.a.w dengan mendakwa ia bercanggah dengan
Al-Quran.
4) Meragui peribadi Rasulullah.
5) Mempertikai Syariat Allah dan Hukum Fiqh
6) Menolak penguatkuasaan undang-undang moral Agama
7) Mendesak diberikan hak kebebasan murtad untuk penganut Islam
8) mendukukng Gerakan Pembebasan Wanita dan feminisme

Cadangan dalam menangani Fahaman Islam Liberal:

1) Aliran ini mesti dibendung dan disekat daripada terus disebarkan

2) Perlu ada usaha-usaha untuk menerangkan kepada masyarakat tentang bahaya aliran ini.

3) Memperkukuhkan tradisi pendidikan Islam di sekolah-sekolah

4) Islam merupakan Agama yang benar dan tidak boleh disamakan dengan agama lain.Konsep semua agama hendaklah dibetulkan.

5) Pihak berkuasa perlulah mengenal pasti individu-individu dan organisasi-organisasi yang terlibat dan dipanggil untuk membincagkan dan memperbetulkan aqidah mereka.

21 February, 2010

Buku : Kedudukan Al-Sunnah dalam Sintaksis Arab





Buku ini dikarang oleh Badrul Munir Muhamad Nur yang diterbitkan oleh Kolej Universiti Islam Malaysia.terbahagi kepada 5 bab yang dikupas begitu menarik untuk tatapan pembaca. Bab 4 dan 5 lebih menjurus hubung kait antara sunnah dan sintaksis atau lebih dikenali ilmu nahu.

Al-sunnah merupakan sumber rujukan agama Islam yang kedua selepas Al-quran. Perkara ini telah pun disepakati oleh segenap lapisan ulama ahlus sunnah wal jamaah dan telah diterima oleh seluruh umat Islam, namun begitu kewibawaan dan kedudukan al-sunnah dalam bidang nahu arab masih lagi dipertikai dan diperdebatkan.


Di dalam bab 1 dihuraikan berkaitan Rasulullah s.a.w.Kefasihahan Rasulullah, Gaya bahasa Rasulullah s.a.w.Turut disertakan juga pandangan rasulullah terhadap puisi dan penyair

Bab 2 lebih menjurus kepada konsep al-sunnah itu sendiri.Perbezaan di antara al-quran, al-hadith qudsi dan hadith Nabi s.a.w.

Bab 3 membincangkan berkenaan pengumpulan al-sunnah iaitu pengamatan dari segi sejarah dan metodologi.
turut disebut juga al-sunnah sebagai sumber utama dalam tatabahasa selepas al-quran dan al-sunnah adalah sumber bahasa dan tatabahasa arab.

Sesunggunnya ulama dahulu dan sekarang berbeza pendapat dalam mengambil al-sunnah sebagai dalil dalam pengkaedahan nahu arab.Buku ini sedikit sebanyak dapat membantu dalam memahami al-sunnah dalam pengkaedahan nahu arab.