01 March, 2010

Kalau Benar Cintakan Allah




Sebutlah nama Allah sebanyak-banyaknya.Allah berfirman dalam surah al-fath:

لتؤمنوا بالله ورسوله وتعزروه وتوقروه وتسبحوه بكرة وأصيلا

Yang bermaksud: agar kamu semua beriman kepada Allah dan Rasulnya, menguatkan (agama) –Nya, membesarkan-Nya dan bertasbih kepada pagi dan petang.

Bertasbih disini bermaksud kita berzikir dengan kuantiti dan kualiti yang tinggi. Zikir lidah, zikir hati, dan zikir perbuatan semuanya menjurus kepada membesarkan Allah dan segala yang lain kecil belaka.

Lidah menyebut nama Allah, lalu hati merasakan kebesaran dan keagungan-Nya dan tindakan menyusul apabila kita selaraskan segala perbuatan dengan hukum-hakamnya.Itulah zikir yang hakiki.Kesannya sepadu.Ia akan memberi ketenangan dan kekuatan.

Namun apabila Allah dilupakan, umat akan kurang menyebut nama-Nya lagi.Ketika itu hati-hati pun lalai daripada merasakan kebesaran dan keagungan-Nya.Akibatnya hokum-hakam diabaikan dalam tindakan dan perbuatan. Apabila ini terjadi jangan ditangisi jika Allah “lupakan” kita.

Allah hanya menjadi pembela kepada orang yang bertakwa.Orang yang bertakwa adalah orang yang banyak mengingati-Nya dengan lidah, hati dan perbuatan.Menjadi seorang muslim sahaja(bukan muttaqin), tidak melayakkan kita mendapat jaminan bantuan dari-Nya. Siapakah kita, Muttaqin atau hanya Muslim??

BIMBANG DOSA

Saiyidina Umar pernah mengingatkan, bahawa dia lebih bimbangkan dosa-dosa yang dilakukan oleh tentera Islam berbanding kekuatan dan perancangan musuh.Dosa-dosa akan menghalang daripada datangnya bantuan Allah kepada kita.Kenapa orang melakukan dosa?? Jawabnya kerana lupakan Allah.Lupa zikir kepada-Nya.Justeru, untuk mendapat kekuatan, elakkan dosa. Dan untuk elakkan dosa sentiasalah mengingati Allah.

Ya,masakan orang yang sentiasa ingatkan Allah tergamak bergelumang dengan dosa? Jika terlanjur sikit mereka segera bertaubat.Orang yang beginilah akan mendapat bantuan Allah dalam apa yang mereka usahakan dan perjuangkan. Mereka disokong oleh kawan dan dihormati oleh lawan. Blum pun bertempik, hanya berbisik, orang akan ukur dan tunduk.

APABILA ALLAh AKRAB...

Apabila Allah akrab dengan kita, siapakah yang berani memusuhi kita? King Richard yang berhati singa itu tunduk kepada Sultan Salehuddin al-Ayubi.Mengapa? Apakah hanya kerana kekuatan Salehuddin? Tidak, tetapi kerana akhlak dan keperibadiannya yang ditempa dengan zikrullah. Hasilnya, sifat pemaaf, kasih sayang dan prihatinNya, tidak terbatas.Merentas sepadan bagsa, negara, agama.

Musuh tidak terlalu laju,tetapi umat Islam yang terlalu perlahan.Kita seharusnya ke depan dengan roh cinta dan kasih sayang. Dengan cinta kita berdakwah, berhujjah, dan menjelaskan dengan penuh hemah, dan hikmah tanpa dibauri oleh kebencian dan prasangka.

Dengan cinta kita tidak hanya menyebut namaNya, mengingatinya, dan mendaulatkan hukum hakamnya dalam diri tetapi kita akan kembangkan sayap cinta itu ke dalam rumah tangga, organisasi, masyarakat, dan negara.

Kalau benar cintakan Allah, cintailah diri dan umat ini dengan banyak mengingati-Nya.Bangun seawal subuh, bersih dan sucikan diri. Lalu solatlah untuk mengingati-Nya. Kemudian bertebaran lah di muka bumi untuk mencari rezeki yang halal dengan meninggalkan segala bentuk rasuah, riba dan penyelewengan.

Atur keluarga mengikut syariat. Jauhkan pendedahan aurat.Perangi pergaulan bebas, racun hedonisme, dan fesyen bohemian dalam kehidupan diri dan remaja kita.Bersiasahlah tetapi jauhi fitnah dan kepentingan diri. Ingat Allah! Jaga halal haram dalam setiap perilaku dan perbuatan.

Kalau benar cintakan Allah..... ingatlah, cinta itu bukan kata-kata, love is verb(cinta itu tindakan) Bangkitlah dengan kecintaan bukan dengan satu kebencian.Jangan marahkan orang yang tidak cinta...jika kita sendiri tidak mencintai...Marahkan diri dulu , sebelum marahkan orang lain.

2 comments:

  1. askum wbt..

    carilah pasangan yang benar2 menyintai Allah Swt dan RasulNya Saw..

    ReplyDelete
  2. waalaikumslm wrt.

    insyaAllah dan jazakallah..

    ReplyDelete