06 October, 2010

Bahasa Arab .... tatabahasa Arab


“Intan belajar di mana sekrang” soal kawan saya.

“Ukm, huda buat ape sekarang? Dah kerja ? soal saya pula.

“ Oh saya sekarang dah bekerja di syarikat penerbangan mas”

“Intan ambil kos apa?

“ Alhamdulillah saya ambil kos bahasa Arab.”

“ wah bagusnya, meneruskan perjuangan arab ye”

Saya hanya tersenyum, mengingatkan kembali , saat-saat kami di Maahad Ahmadi dahulu. Segalanya sukar jika belajar bahasa Arab. Nahu pun tak kurang hebatnya, susah. Pelajaran nahu kami hafal sahaja begitu juga pelajaran senawi yang lain.

Pendek kata bila tiba peperiksaan kami akan menulis apa yang kami hafal di kertas periksa. Tiba sahaja keputusan keluar, keputusan kami berdasarkan apa yang kami hafal sahaja. Maklum lah, ingatan bukan kuat sangat, berbanding banyak ilmu-ilmu bahasa Arab yang kena hafal.

Sungguh indah waktu itu, sama-sama berusaha untuk memahami ilmu-ilmu agama dalam bahasa Arab.

Hari ini, penulisan tesis menuntut saya berhempas pulas memahami ilmu Nahu. Tetapi keadaan saya ketika ini, berusaha seorang. Mencari bahan seorang, meghafal seorang, berjumpa penyelia pun seorang, bak kata orang segalanya keseorangan. (Tapi bukan itu yang mahu saya bahaskan).

Saya juga mula memahami ilmu nahu ini amat penting. Jika dahulu ilmu itu, saya sekadar hafal dan faham sikit-sikit tetapi kini saya berusaha untuk memahami ilmu itu sedalam-dalamnya.

Ini kerana, ilmu Nahu amat penting untuk di fahami. Jika kita lihat ulama-ulama dahulu seperti al-Syafie, al-Qutubi, Ibn Atiyyah, al-Suyuti dan al-Zamakhyari,memastikan diri mereka memahami bahasa Arab dan nahu terlebih dahulu sebelum mendalami ilmu-ilmu lain.

Bukan sahaja ilmu-ilmu lain sahaja, al-Qur’an sendiri menggunakan bahasa Arab. Untuk baca dan memahami al-Qur’an juga memerlukan pengetahuan dalam bahasa Arab. Ia akan menambahkan kefahamana dalam memahami al-Qur’an dari segi susunan ayat, penceritaan dalam al-Qur’an, hukum-hukum dalam al-Qur’an dan sebagainya.

Jika di lihat kini, ramai yang membaca al-Qur’an tetapi tidak memahami apa yang disampaikan oleh Allah. Pemahaman tentang syariat juga kurang. Ini kerana pembacaan mereka yang kurang terhadap al-Qur’an.Rata-rata tidak membaca al-Qur’an dalam tempoh yang lama.

Hal ini perlu diperbetulkan. Ini berikutan al-Qur’an merupakan kalam Allah yang diturunkan agar menjadi petunjuk dan rahmat sekalian alam.

Untuk memahami al-Qur’an dengan lebih mendalam dan terperinci, ilmu bahasa Arab perlu dipelajari. Bahasa Arab perlu dikaji dari segi I’rab, dalalah, sorof dan balaghah.

Kesimpulannya

Bahasa arab amat penting untuk di pelajari agar memperolehi pemahaman yang jelas terhadap al-Qur’an dan ilmu-ilmu yang lain.

Bahasa Arab bukanlah sesuatu yang sukar untuk dipelajari. Melalui bahasa Arab kita akan menerokai pelbagai jenis ilmu Sama ada ilmu motovasi, ilmu falak, ilmu saians, ilmu psikologi dan lain-lain lagi.

Terokai lah al-Qur’an kerana ia merupakan lubuk segala macam ilmu.