30 October, 2009

MENGAPA ALLAH SENTIASA MENCIPTA SESUATU YANG DIHARAMKAN??


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Pertanyaan ini banyak dilontarkan oleh mereka yang melampaui batas terhadap dirinya sendiri.Mereka ingin menyatakan bahwa masalah agama,halal dan haram adalah bohong belaka.Pertanyaan ini muncul kerana mereka merasa jiwa mereka terancam kecuali dengan mendustakan agama itu sendiri.Maka dengan itu,penyelesaian mereka satu-satunya adalah menyatakan, "semua masalah agama itu bohong belaka".

Seakan-akan mereka yakin bahwa semua makhluk yang ada di muka bumi ini dicipta untuk dimakan.Mereka telah mengetahui bahwa tiap-tiap makhluk yang ada di bumi ini memiliki manfaat tersendiri.

Contoh yang dapat lihat dan perhatikan pada zaman sekarang manusia menangkap pelbagai jenis ular dan mengambil racunnya dan seterusnya mereka gunakan untuk membunuh mikrob yang dapat mengancam nyawa manusia.Padahal sebelum itu mereka menemui manfaat racun itu,mereka sering mempertikaikan kenapa Allah menjadikan ular yang beracun ini.Tetapi setelah Allah swt. membimbing manusia dan mengambil manfaat daripada racun ular tersebut maka manusia baru menyedari manfaat yang Allah jadikan pada ular yang berbisa itu.

Jika kamu melihat sesuatu yang diharamkan janganlah kamu mempertikaikan kejadian makhluk tersebut.Ini kerana kamu tidak mengetahui manfaat kejadian tersebut.

Syeikh Asy-sya'rawi mennceritakan bahawa:" Sebagai contoh mereka melihat pelbagai jenis ikan yang besarnya tidak lebih daripada satu ruas jari dan ikan ini tidak akan menjadi besar selamanya.mereka bertanya apa manfaat yang boleh diambil dari ikan yang kecil ini?,kan tetapi ketika kami pergi ke arab saudi melihat tempat pengambilan air yang telah kotor ternyata kami menemui ikan-ikan kecil ini dalam jumlah yang banyak,sehingga kami bertanya tentang manfaat ikan ini.dan diberitahu ikan ini adalah untuk membersihkan air di tempat-tempat yang tidak dapat dijangkau oleh manusia".

Demikianlah zat yang maha hidup mencipta sesuatu makhluk untuk menjaga kesinambungan makhluk yang lain.


sumber:
Tafsiran ayat-ayat ya aiyuhal lazi na a'manu.
Syeikh Mohd Abdul Athi Buhairi.
terjemahn oleh juhan che' yaman.

24 October, 2009

PERSEDIAAN PENDAKWAH UNTUK BERJIDAL

Allah swt membenarkan pendakwah bermujadalah, tetapi harus mengikut panduan yang telah ditetapkan.Berani dan berkobar-kobar sahaja tidak cukup untuk seseorang berdebat/berjidal.Berikut antara persiapan-persiapan yang perlu ada pada seorang pendakwah:

1) ilmu pengetahuan yang mantap.Firman Allah swt.:

قل هذه سيبلى أدعوا الى الله على بصيرة أنا ومن اتبعنى وسبحان الله وما أنا من المشركين
maksudnya: katakanlah :inilah jalanku,aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata ,maha suci Allah ,dan aku tidak termasuk orang-oarang yang musyrik.

basiroh dalam ayat tersebut bermaksud ilmu.

2)Amal perbuatan selari dengan apa yang diserukan.Ini akan menjadi contoh teladan yang baik.

3)kekuatan jiwa yang mantap dan keindahan akhlak.semasa Allah mengutuskan Nabi Musa dan Nabi Harun alahima salam,kepada manusia yang paling kufur (firaun) Allah memerintahkan kedua-dua nabinya berpegang kepada method dakwah yang indah.firman Allah:

فقولا له قولا لينا لعله يتذكر أو يخشى
maksudnya: maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut ,mudah-mudahan ia ingat dan takut.