15 September, 2009

Bahasa dan figh lughah.

pagi yang indah ini ,dirasakan hambar sahaja apabila kurasakan banyak lagi assingment yang tak tersiap..jari ini terus laju mencari-cari laman-laman yang bersesuaian untuk jadi bahan assigment ........dan alhamdulillah terjumpa satu blog membincangkan persoalan bahasa....bukan senang nak cari yang versi bahasa melayu...Ala kulli hal syukur kupanjatkan buat penciptaku..

Disebalik Bahasa : Fiqh Lughah
Posted on June 15th, 2009 in Bahasa dan Sastera, Uncategorized

Fiqh lughah adalah sebuah mata pelajaran yang skop kajiannya adalah apa-apa yang ada disebalik bahasa. Mungkin agak pelik bunyinya akan tetapi inilah ketelitian dan kesungguhan yang tunjukkan oleh para ilmuan islam suatu ketika dulu.

Bahasa Arab merupakan sebuah bahasa dari keluarga besar Bahasa Samiah. Sam adalah anak kepada Nabi Nuh AS. Ia berkembang seiring dengan perubahan zaman. Ketika zaman kerasulan terakhir mula mendekat, masyarakat Arab adalah masyarakat yang bahasa merupakan harta kebanggaan mereka. Tidak ada yang tidak disibukkan dengan bahasa. Setiap individu dan kelompok bersungguh-sungguh meningkatkan kemampuan bahasa masing-masing demi meraih hormat, penghormatan dan tempat di dalam masyarakat. Harta-benda, waktu dan peluang diperuntukkan dengan sewenang-wenangnya demi mempertajam pedang kefasihan.

Dalam keadaan persaingan berbahasa yang sangat sengit, hadirlah sang Rasul utusan yang kepakaran bahasanya melebihi semua yang ada – dan mendapatkan pendidikan khusus dari tangan yang Maha Pencipta-. Kemudian Allah SWT turunkan pula Al-Quran yang mengancam credibility kesemua manusia yang ada dalam bidang ketajaman, keindahan dan kebenaran Al-Quran. Suatu yang mencengangkan dan menjadikan mereka lumpuh tidak dapat menandingi Kalam Allah. Semua mengakui kemukjizatan Al-Quran samaada menyatakannya dengan lidah atau memendam sambil mendustakan.

Kehadiran Al-Quran yang menguja membuatkan mereka mahu tidak mahu menjadikan Al-Quran sebagai silabus baru dalam pendidikan bahasa. Mereka yang hidup di saat ini dari para sahabat disibukkan untuk mengkaji dan menghayati lalu menikmati keindahan Al-Quran.

Islam kemudian disebarkan ke seluruh penjuru alam. Bangsa Arab mula bercampur dengan mereka yang Ajam. Bahasa Arab pula menjadi bahasa antarabangsa yang tentunya ditambah garam dan gula. Kesan dan perubahan menuntut ilmuan ketika itu meletakkan cabang-cabang ilmu yang menjadi panduan agar ketulenan bahasa terjaga dan sentiasa dapat dipelajari dan dirujuk. Maka lahirlah ilmu-ilmu bahasa yang kaedahnya bersumber dari Al-Quran dan apa benar yang syai’ (tersebar) dikalangan masyarakat seperti Nahu, Soraf, Ma’ani, Badi’, Bayan, Dilalah, Tafsir, Ma’ajim dan sebagainya.

Bahasa Arab ketika itu sudah pun mencapai satu tahap yang boleh dianggap masak atau matang dari segi penentuan skop kajian dan cabang ilmu. Namun, para ilmuan ketika itu belum berpuas hati. Masih ada perkara yang lebih mendasar dan bersifat fundamental yang perlu dijadikan bahan kajian. Tampillah tokoh filsafat bahasa Abul Fath Uthman yang lebih dikenali sebagai Ibnu Jinni dengan kajian yang dikemas dalam sebuah buku berjudul Al-Khashaish, Ibnu Faris dengan bukunya Ashhabiy dan Suyuti dengan bukunya Mazhar. Mereka inilah yang mula membuka ruang kajian akan perkara-perkara penting disebalik bahasa itu sendiri. Ibnu Faris di dalam muqaddimah bukunya “Ashohibiy” menyatakan bahawa Ilmu bahasa Arab terbahagi kepada dua jenis. Pertama : furu’ (cabang) iaitu yang mengkaji akan nama, sifat dan kata kerja seperti kita berkata, pemuda, kuda, panjang, pendek. Semua ini merupkan bahan yang dipelajari pada permulaan. Kedua : Aslu (asal) iaitu perbahasan akan bahan-bahan bahasa, permulaan bahasa, kemunculan bahasa dan seterusnya..

Maka cabang ilmu bahasa ini membahas kajian tentang beberapa isu pokok :

1. Falsafah Bahasa, meliputi kajian tentang asal bahasa manusia pertama dan kemunculannya, pencabangan bahasa dan pencabangan bahasa kepada lahjat.

2. Undang-undang bahasa, undang-undang bahasa umum bahasa seperti qias, ithtiradh, syuzuz dan seterusnya.

3. Matan bahasa, kajian yang berkesinambungan pada kajian kosakata bahasa dari pelbagai sudut seperti isytiqaq, kefasihan, mu’rab, ibdal, qalb dan seterusnya.

4. Lain-lain, pembahasan sekitar bahasa dan anasir-anasirnya, zowahirnya (ciri-cirinya), dari kedua sudut bunyi dan kosakata, semua yang berkait dan membantu pengkajian teori-teori bahasa.

Ramai para pengkaji ilmu ini hanyut di dalam kajian akan asalmuasal bahasa manusia. Namun pengkajian permasalahan bahasa terawal manusia tidak mendapatkan hasil yang memuaskan. Mungkin secara ringkasnya, penyebab gagalnya kajian mengenai asalmuasal bahasa manusia adalah kerana ketidakmampuan manusia memikirkan akan perihal tersebut. Ilmuan terdahulu yang cuba membahas permasalahan ini terbahagi kepada beberapa golongan. Golonan pertama mengatakan bahawa bahasa manusia merupakan suatu yang tauqifi. Iaitu telah ditetapkan oleh Allah SWT. Golongan ini menyandarkan pendapat mereka kepada beberapa nas dari Al-Quran dan Talmud. Namun, pendapat golongan ini tidak sepenuhnya dapat diterima kerana mereka gagal menjelaskan akan istilah-istilah yang semakin berkembang dari masa ke masa. Ia menutup ruang bagi manusia meletakkan istilah, nama dan bahasa bagi suatu yang baru.

Golongan kedua pula berpendapat bahawa bahasa merupakan ishtilahiy iaitu merupakan penamaan dari manusia. Manusialah yang meletakkan bagi setiap sesuatu istilah dan nama. Persoalan yang timbul bagi pendapat ini adalah, bagaimanakah caranya manusia melakukan tugas menamakan sesuatu yang begitu banyak itu. Adakah manusia berkumpul dan membuat kesepakatan bahawa benda yang bentuknya seperti fulan warna seperti fulan bernama fulan. Bukankah bumi ini mengandung jutaan benda lalu bagaimana manusia mengingatinya dan mengurusinya.

Masih banyak lagi golongan yang memiliki pendapat mereka masing-masing. Ada yang berpendapat ia berasal dari bunyi sesuatu itu. Dari bunyi itu ia berkembang menjadi istilah. Ada pula yang berpendapat bahawa ia merupakan dorongan perasaan manusia terhadap sesuatu lalu menamakan sesuatu itu sesuai dengan perasaan.

Setelah usaha yang diluahkan dalam kajian-kajian ini namun kita gagal mencapai kesimpulan yang memuaskan. Kegagalan ini disebabkan beberapa faktor antaranya adalah kesalahan metode dalam mengkaji asalmuasal bahasa itu sendiri. Para pengkaji seringkali meletakkan garis panduan kajian sepertimana mereka mengkaji suatu bidang atau cabang pemikiran. Atau mungkin juga mereka mengkaji seperti mana mereka mengkaji suatu barang atau benda. Bahkan dapat kita katakan bahawa ia merupakan sebuah kesalahan untuk mengkaji bahasa sebagai sebuah kajian ilmiah. Bahasa bukanlah sebuah benda yang dapat diletakkan di dalam makmal dan dikaji atau dijalankan ujikaji ke atasnya.

Bahasa merupakan manusia ketika ia menjalankan tugasnya. Lalu kesemua yang menyerap ke dalam manusia dari warisan bahasa tidak dapat kita letak di dalam tabung ujikaji kerana sesungguhnya manusia merupakan suara, fikiran, struktur ayat, lingkungan bahasa dan kemanusiaan itu sendiri.

Keterbatasan ini membuatkan usaha kita mengkaji akan asalmuasal bahasa itu menjadi sia-sia dan adalah lebih baik jika kajian ini dialihkan kepada kajian akan ilmu-ilmu mengenai bahasa itu sendiri.

Perkara lain yang menyebabkan kegagalan dalam mengkaji asalmuasal bahasa adalah kerana kajian yang telah dijalankan lebih condong untuk mengkaji asal dari suatu kata yang diwakili oleh sejumlah kata. Kajian mereka bukan pada gambaran asal bahasa. Maka kita mendapati mereka tertanya-tanya, adakah asal kepada bahasa adalah ketetapan dari Allah atau asal bahasa merupakan menamaan dari manusia atau mungkin qudrat yang memang telah dimiliki manusia atau ia ternyata adalah hukum semulajadi alam.

Jelas kekeliruan mereka ketika gagal membezakan antara perbincangan akan asal suatu bahasa (kelompok kata-kata) dan perbincangan akan bahasa itu sendiri.

Para pengkaji akan asalmuasal bahasa juga keliru ketika memfokuskan kajian mereka hanya kepada nama dan benda yang dinamai, istilah dan apa yang diistilahi, dalil dan apa yang didalili. Kita perlu menyedari bahawa bahasa bukan sekadar nama, istilah dan dalil. Bahasa mempunyai ruang lingkup yang lebih luas. Ia mengandung pelbagai aturan dan tahapan. Bermula dari idea, suara, tatabahasa, aturan huruf dalam kata, pembentukan ayat, pemilihan kata dan maksud, kesesuaian keadaan dan lain-lain lagi. Maka kajian mereka itu tidak lain dari mengkaji salah satu dari sudut bahasa dan bukan mengkaji akan bahasa itu sendiri.

Walau demikian, usaha mereka perlu mendapat penghargaan. Bahkan kesan dan pengaruh dari kajian mereka amat besar. Merekalah yang telah mendorong perkembangan kajian. Sebagai contoh, kita dapat menemukan pembahagian bahasa manusia secara keseluruhan. Kajian ini telah bermula dari melihat keserasian – keserasian yang terkandung dalam membentukkan kalimat, membentukkan ayat, jenis suara yang digunakan. Kita dapat melihat ada beberapa bahasa yang seakan-akan merupakan asal dan bahasa lain sebagai cabang. Maka, kajian ini memberi hasil yang besar dalam mengungkap rahsia disebalik suatu bahasa.

Pembahagian terdahulu adalah kepada 3 bahagian iaitu Kumpulan bahasa Yafitsiyyah atau Ariyyah. Iaitu kumbulan bahasa yang dinasabkan kepada Yafist Bin Nuh AS. Kumpulan kedua kepada kumpulan bahasa-bahasa samiah iaitu kumpulan bahasa yang dinasabkan kepada Sam Bin Nuh AS. Kumpulan yang ketiga pula adalah kumpulan bahasa Hamiah iaitu kumpulan bahasa yang dinasabkan kepada Ham Bin Nuh AS.

Pembahagian bahasa dunia (era silam) kepada tiga ini ternyata lebih condong kepada pembahagian berdasarkan letak geografis dan kekuatan politik suatu kaum. Maka, pengkaji di zaman moden seperti Max Muler membuat pembahagian ulang yang lebih terperinci berdasarkan keserasian bahasa. Maka dibahagikanlah kepada 3 kumpulan. 1. Kumpulan Ariyah (Hindudan eropa) [Greek, Latin, Perancis, Spain, Portugal, Roman, Ireland, German, Holland, Rusia, Parsi, Senskret]

2. Kumpulan Samiah dan Hamiah [Babiliah, Aramiah, Finiqiah, Arabiah, Siryaniah, Habsyiah]

3. Kumpulan Tauraniah iaitu bahasa-bahasa lain yang tidak termasuk ke dalam dua pembahagian di atas. Tauraniah hanyalah merupakan istilah bagi memudahkan pembahagian.

Pembahagian ini telah banyak membantu para pengkaji untuk meneliti lebih mendalam akan pelbagai permasalahan bahasa. Ia membantu kita mengenal ciri-ciri asal bahasa seperti bahasa Arab. Kita mula mengenal istilah-istilah yang berkembang dan berpindah. Kita juga mula mengetahui penyebab-penyebab hancurnya suatu bahasa dan kukuhnya suatu bahasa.

Mengenali keluarga besar bahasa Samiah, lalu mengenali keluarga besar bahasa Arab dan akhirnya mengenal bahasa Arab Fushhah memperlihatkan sebuah perjalanan panjang bahasa Arab. Bahasa Fushhah yang akhirnya didominan dengan lahjah Quraisy pada waktu penurunan Al-Quran tidak lain merupakan sebuah bahasa yang telah benar-benar ‘masak’ setelah proses pendewasaan panjang yang telah dilaluinya. Ia dikukuhkan lagi dengan usaha para ulama meletakkan garis panduan yang hari ini kita kenal dengan cabang ilmu seperti nahu, soraf, balaghah, dilalah dan sebagainya.

Contoh mudah yang dapat saya berikan adalah istilah ustaz. Ia bukan asli bahasa Arab akan tetapi ia berasal dari bahasa Farisiah (Parsi) seperti yang terkandung di dalam Kamus Stingash. Ia merupakan sebuah istilah yang diberikan kepada mereka yang pandai mencipta sesuatu. Istilah ini tidak dapat ditemui di dalam syair-syair jahili (era sebelum Islam) yang menjadi bukti bahawa ia bukanlah berasal dari bahasa Arab. Para pengkaji mempercayai bahawa penduduk Iraq adalah mereka yang pertama menggunakan istilah ini memandangkan hubungan erat mereka dengan bangsa Parsi. Penggunaan istilah ini kemudian berkembang sedikit demi sedikit menuju ke Jazirah dan akhirnya sampai pada daratan Syam. Dari Syam ia tersebar ke seluruh penjuru alam yang penduduknya menggunakan bahasa Arab. Tidak hanya perkembangan terjadi dari sudut penggunaan bahasa akan tetapi juga perkembangan dari sudut makna. Jika dulu ustaz ditujukan kepada mereka yang mahir mencipta sesuatu, maka kini ustaz dinaik taraf menjadi anugerah bagi mereka yang mengemban amanah terberat iaitu mencipta manusia.

Memandangkan ia merupakan istilah dari Parsi maka adalah sepatutnya ia berasal dari sin-ta’-zal kerana bahasa Parsi tidak memiliki huruf furu’ seperti alif wau atau ya’.

Berdasarkan dari kata asal Parsi yang diarabkan ini maka Ustaz adalah kata ‘alam (kata khas untuk sesuatu yang telah diketahui). Jika demikian adalah salah jika kita meletakkan tanda ta’nis untuk perempuan seperti ustazah. Bentuk yang betul adalah menetapkannya dalam bentuk asal walaupun ia ditujukan kepada perempuan. Namun, Ibnu Jinni membolehkan seperti kata ini untuk dimasukkan ke dalam kata sifat. Maka diperlakukan seperti kata lain yang mendapat tanda ta’nis ketika dikaitkan dengan perempuan.

Demikianlah bagaimana contoh kajian ini memberi kesan positif agar kita mengenal bahasa kita dan mengembangkannya mengikut dasar-dasar dan ketentuan-ketentuan sehingga perkembangan dalam bahasa tidak merosakkan struktur asas bahasa. Menguasai bidang ini membuatkan kita mampu mewarisi bahasa tanpa ada perselisihan paham antara golongan yang terdahulu dan golongan yang terkemudian. Inilah diantara rahsia mengapa bahasa Arab 1400 tahun yang lalu masih tidak berubah dengan bentuknya yang asas dari bahasa Arab yang digunakan pada saat ini. Mempelajari asas-asas bahasa akan menyebabkan seseorang mampu memahami setiap teks bahasa tanpa mengira usianya dan zaman ia ditulis.

BUAH UTAMA KAJIAN INI?

Buah utama yang dapat dipetik dari kajian ini adalah mengenal pasti perkara-perkara yang menjadi tulang belakang dan otak suatu bahasa. Menghancurkan fungsi tulang belakang dan otak dapat melumpuhkan suatu makhluk hidup maka begitu juga pada suatu bahasa. Memupuskan bahasa hanya akan terjadi dengan menghancurkan tulang belakang dan otak suatu bahasa. Menghancurkan tulang belakang membuatkan suatu bahasa rapuh tanpa asas-asas yang menjaga jadi rosak sedangkan menghancurkan otak adalah menutup kreativiti yang mendorong perkembangan suatu bahasa sehingga timbul isu kemiskinan istilah dan kekurangan kata. Padahal ia hanyalah berpunca dari gagalnya pemilik bahasa itu mengembangkan bahasa mereka atas asas-asas bahasa mereka sendiri.

Hal ini sangat-sangat dimanfaatkan oleh golongan yang miliki masalah hati. Usaha kajian mereka yang bukan berdasarkan konsep penghambaan kepada Allah yang Maha Esa membuatkan mereka gigih menjauhkan bahasa Arab dari bangsa Arab dari umat Islam.

Itulah sebabnya kita menemukan bagaimana mereka berusaha gigih memperalat bahasa Ammiah sebagai serigala berbulu domba yang dapat memisahkan suatu bangsa dengan bahasa mereka. Saat ini kita dapat melihat bagaimana bangsa Arab kehilangan identiti dengan jahilnya mereka terhadap khazanah agung berupa bahasa Arab. Mereka sentiasa merasa bahasa mereka tidak cukup dan keperluan untuk bergantung kepada bahasa lain. Kita tidak menafikan keperluan untuk mampu berbahasa dengan bahasa peneraju ketamadunan semasa namun adalah sebuah kesalahan apabila meninggalkan bahasa ibunda sendiri. Apalagi jika seandainya bahasa itu mengandung lebih dari sekadar bahasa. Mengandung khasiat keagamaan, kebudayaan dan sopan-santun.
Published by taqeyyabella

08 September, 2009

يا رب .....

ضاقت بيا الدنيا وأغلقت أمامي الأبواب
أتلفت عن يميني اجد هما وعلي يساري السراب
أتسءل هل هذا بسبب الذنوب ام لزيادة الثواب
ولكن كلي أمل ورجاء فيك يا عزيز يا رحيم يا تواب
فلا تتركني فانا من دونك ليس لي اي أحباب