17 June, 2010

MENSUCIKAN HATI YANG BERKARAT



Hati

Nabi Muhammad s.a.w berkata, "Sewaktu seorang hamba melakukan dosa, terbentuklah satu noktah hitam di hatinya. Apabila dia terus melakukan dosa, bertambah banyaklah noktah hitam itu menutupi hatinya sehingga hatinya menjadi karat." ( hadis riwayat Tirmizi, Nasai, dan Ibnu Majah)





Bagaimana bersihka hati?

Hati menjadi karat apabila seseorang berterusan melakukan dosa, namun karat ini dapat dibersihkan dengan bertasbih dan mendirikan solat tasbih, kecuali apabila seseorang itu melakukan dosa syirik iaitu menyekutukan Allah.

Selepas kita berjaya "membelah dada", menghadapkan wajah kita kepada Allah dan berpaling daripada selain Allah, langkah berikutnya adalah mensucikan hati kita daripada karat-karat dosa yang mengendap dalam hati.

Apabila kita tidak menghapuskan karat dosa itu, lama- kelamaan hati kita akan mati, umpama karat besi yang menghancurkan besi itu sendiri.


Besi yang dimakan karat menjadi hancur, ia tidak memiliki sebarang kekuatan walaupun pada mulanya, ia adalah bahan yang kuat dan keras.

Demikian juga hati manusia. Ia memiliki kemampuan yang dasyat. Namun jika tidak diselamatkan segera, maka ia akan mati. Apabila hati seseorang mati, ia adalah malapetaka yang abadi bagi orang itu kelak disisi Allah.

Allah pasti membakarnya dengan api neraka jahanam bersama-sama musuhnya iaitu iblis dan syaitan.

Jika sesesorang manusia hanya menurut hawa nafsu, mengikut syaitan dan iblis serta bertentangan dengan perintah Allah serta rasulnya, hatinya memencarkan cahaya nafsunya dan cahaya syaitan.

Kedua-duanya akan membentuk kabut hitam yang menutupi hati manusia daripada caya Allah dan cahaya nabi.

Akibatnya...

seluruh anggota tubuhnya berfungsi melayan keinginan nafsunya dan bersenandung dengan perilaku syaitan atau iblis.

Akhirnya.....

hatinya menjadi beku, tandus, gersang dan akhirnya mati..


KEsIMPULAnnya...

Bukan mudah mahu menjaga hati agar selalu berada di jalan Allah..

jadi...perkuatkan iman, sematkan iman didada, jadikan solat dan zikir dan amalan baik sebagai kekuatan untuk kita mencari hati yang sihat..yang tidak sakit... Waallahua'lam


sumber:

- 3T taubat, tasbih, Tahajud Oleh zaini Ali Akhbar

No comments:

Post a Comment