17 June, 2010





Bertaubat dengan berzikir



Nabi Muhammad memberikan contoh kepada umatnya supaya mereka sering bertaubat. Beliau melakukan taubat setiap kali merasa ada tabir yang membatasi hatinya dengan Allah. Nabi Muhammad berkata :

إنه ليُغان ُعلى قلبي فأستغفرالله في اليوم والليلة سبعين مرة

"Apabila aku berasa ada sesuatu yang menutupi hatiku, aku memohon ampun kepada Allah sebanyak 70 kali dalam sehari semalam." (hadis riwayat Muslim, Abu daud, Baqawi)

Rasulullah sering membaca zikir taubat berikut, yang bermaksud:

رب اغفرلي وتب علي إنك أنت التواب الغفور

" Ya Allah ampunkanlah segala dosaku dan terimalah taubatku kerana sesungguhnya engkaulah maha penerima taubat dan maha pengampun." (hadis riwayat Abu daud dan Tirmizi)



Wahai saudaraku yang sehati, sejiwa dan seperjalanan, syaitan dan iblis berjalan dalam diri kita dengan mengikuti peredaran darah kita. Kedua-duanya tidak rela kita berada dekat dengan Allah sehingga hari kiamat.


Mereka sentiasa mengaganggu hati setiap manusia , menggoda dan menyesatkan mereka supaya mereka tidak mendapat hidayah Allah. Syaitan dan Iblis berusaha menyesatkan manusia dengan silatulmustakim iaitu jalan lurus bagi hamba-hambanya yang bertakwa.


Oleh itu, Apabila susah bagi kita hendak berasa kusyuk di hadapan Allah, ini bererti syaitan dan iblis menutup hati kita.


DENGAN ITU, hendaklah kita SEGERA membaca doa taubat yang diajarkan nabi Muhamad sebanyak 70 kali. Itu adalah amalan nabi Muhammad yang perlu kita ikut.


Hikmah bertaubat kepada Allah

1) Terbukanya pintu keampunan Allah.

2) Hancurnya hijab hati yang terbentuk daripada dosa. Selepas Allah mengampuni Nabi adam, beliau berasa tenteram dan dekat dengan Allah kerana hijab hatinya terbuka.

3) Hati terhindar daripada virus hati.

4) Allah mewahyukan cara berzikir kepada nabi daud.

5) Terlepas dari kezaliman

6) Menjadi hamba yang beruntung.

7) Mendapat petunjuk Allah.

8) Menjad hamba yang dicintai Allah.

No comments:

Post a Comment