06 February, 2010

Orientalisme

Orientalisme merupakan sebuah gerakan yang sering dikaitkan dengan para sarjana Barat yang terdiri daripada orang Yahudi dan Kristian. Gerakan orientalis ini bermula kesan daripada pertembungan pemikiran, politik, aqidah atau ideologi yang menyelubungi zaman pasca modenisme ini. Kita sudah sedia maklum bahawa gerakan ini dibangunkan bagi tujuan mengkaji mengenai dunia Timur dan Islam. Selain itu, terdapat pandangan yang mengatakan bahawa orientalisme juga merupakan sebuah disiplin ilmu yang mempunyai methodologi yang tersendiri kerana dipengaruhi oleh faktor luaran yang berfungsi sebagai dasar kewujudan dan operasinya.

FAKTOR-FAKTOR KEMUNCULAN ORIENTALISME

Di antara faktor-faktor utama kemunculan orientalisme ialah:

Faktor Keagamaan
Faktor ini merupakan faktor utama golongan orientalis. Ia bertujuan untuk menyaingi perkembangan Islam kerana ingin membalas dendam terhadap kekalahan mereka di dalam perang Salib. Seterusnya menyebarkan Islam yang telah diselewengkan oleh Barat dengan mempelajari dan menyelidik hal-hal dunia Islam dan berusaha untuk menghancurkan Islam. Penggerak utama orientalisme ialah golongan missionari Kristian yang mengkaji agama Islam atas dorongan agama mereka dan sebagai persiapan untuk menghadapi tentangan umat Islam.

Faktor Ilmu
Selain itu, ia juga disebabkan oleh faktor ilmu. Ini kerana pada waktu itu Barat masih tidak kenal tentang ilmu pengrtahuan, sains dan teknologi. Oleh yang demikian, mereka mempelajari tamadun-tamadun ciptaan orang Islam khasnya di Sepanyol. Dengan sebab ini, mereka boleh membina ketamadunan Barat. Selain itu, ia kerana berlaku konflik yang sengit di antara sekte-sekte agama Kristian. Oleh sebab ini, ia mendorong mereka mempelajari bahasa-bahasa Timur yang menjadi bahasa-bahasa kitab-kitab suci mereka seperti Bahasa Hebrew, Sumaria dan bahasa Arab. Ia bertujuan untuk menangkis hujah dan membenarkan kata-kata mereka di hadapan lawan

Faktor Ekonomi
Di samping itu juga, faktor penting ialah ekonomi. Ini kerana terdapat pelbagai sumber makanan, rempah-ratus dan hasil bumi di Timur. Ini kerana apabila golongan ini Berjaya menguasai Timur bermakna mereka juga memonopoli kekuatan ekonomi dunia. Selain itu, mereka juga berusaha untuk memecah-belahkan kekuatan ekonomi yang dibina oleh saudagar-saudagar Islam terutamanya dari Tanah Arab

Faktor Politik
Kemunculam mereka kerana mereka beranggapan apabila banyak tempat yang dijajah oleh mereka maka semakin gemilanglah nama negara penjajah itu. Ia berlaku selepas kebanyakan Negara Islam bebas daripada belenggu penjajahan. Pada masa ini, semua kedutaan negara Barat di negara Islam yang bebas itu ditempatkan setiausaha dan penasihat yang mahir dalam bahasa Arab dan begitu arif tentang kelemahan politik sesebuah negara. Mereka berperanan untuk berkomunikasi dengan cendekiawan, ahli-ahli politik untuk mengetahui cara mereka berfikir. Selain itu mereka juga meniupkan semangat permusuhan sesama Arab atau antara Arab dan orang Islam. Usaha-usaha ini dilakukan dengan alas an untuk member bantuan yang berbentuk nasihat dan bimbingan .
Faktor Sejarah
Selain itu juga, faktor ini menjadi sebab terhadap kemunculan golongan orientalis. Ini kerana dendam mereka dengan perkembangan Islam semenjak zaman Saidina Rasulullah (S.A.W). Maka melalui gerakan ini, mereka akan mempelajari segala ilmu pengetahuan, budaya, sastera dan sebagainya yang mempunyai kaitan dengan umat Islam. Seterusnya, umat Islam akan diserang kembali dengan ilmu-ilmu yang berasal daripada mereka

MATLAMAT ORIENTALISME

Menurut Dr. Mustafa siba’I, matlamat pergerakan orientalisme secara umumnya dapat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu agama, politik dan ilmu (Abdul Rahman Abdullah 1987: 62). Firman Allah dalam Surah al-Baqarah: 120:

"ولن ترضى عنك اليهود ولا النصارى حتى تتبع ملتهم قل إن هدى الله هو الهدى ولئن اتبعت أهواءهم بعد الذى جآءك من العلم ما لك من الله من ولى ولا نصير"
Maksudnya: “Orang-orang Yahudi dan Kristian tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka” (al-Baqarah: 120).

Agama

Matlamat agama ini dapat disimpulkan dalam empat perkara utama iaitu:

1- Memerangi Islam dan mengkaji kelemahannya dengan menyemai benih-benih keraguan terhadap agama Islam.

2- Menjaga orang –orang kristian dari apa yang dikatakan bahaya Islam serta berusaha membendung kebenaran islam dari mempengaruhi mereka.

3-Menjalankan kegiatan kristianisasi dan memudahkan proses kolonialisasi. Golongan Mubaligh Kristian dan pentadbir kolonial mendalami hal-ehwal ketimuran dan keislaman sebagai alat untuk memudahkan tercapainya matlamat mereka.


4- Menjauhkan umat Islam daripada akidah dan syariat Islam. Misalnya, mengatakan bahawa Al-quran itu hasil karangan Nabi Muhammad (S.A.W) dan tamadun Islam itu diambil daripada tamadun Rom

Malah untuk menjayakan matlamat agama ini orientalis-orientalis barat telah menumpukan sasaran mereka kepada sasaran umum dan sasaran khusus.Sasaran umum merangkumi seluruh penduduk dunia iaitu orang Islam dan orang bukan Islam. Ia berhubung rapat dengan sasaran khusus. Ini kerana melalui sasaran khusus maka sasaran umum akan berjaya dilaksanakan. Manakala orientalis-orientalis barat telah menumpukan sasaran khusus kepada pengkajian tentang al-quran , hadith, bahasa Arab, Sejarah Islam, dan seterusnya yang menyentuh soal-soal islam

Politik

Matlamat ini amat jelas kelihatan ketika penjajahan Barat di dunia Islam pada kurun ke-19 dan ke-20. Negara penjajah terpaksa mengajar pengawai-pengawainya bahasa negara yang akan dijajahnya, dan mempelajari sastera-sastera dan agamanya supaya mengetahui bagaimana hendak mentadbir negara yang dijajah itu dan memerintahnya. Pada peringkat ini mereka lebih mengutamakan bahasa pasar dan adat-adat yang diamalkan seperti mereka mengambil berat untuk mengetahui agama dan syariat orang yang dijajah.

Perniagaan

Orientalis mengambil berat untuk meluaskan perniagaan mereka di negeri-negeri bahagian timur terutama untuk mendapatkan bahan-bahan utama bagi kilang-kilang mereka yang sedang pesat membangun. Oleh itu mereka perlu pergi ke negara-negara Islam untuk mengenal Islam dan mengkaji kedudukan geografinya, pertanian dan cara hidup penduduknya sehingga mereka dapat bergaul mesra dengan orang Islam dan mudah mendapatkan apa yang mereka hajati. Dengan cara itu, mereka akan mendapat keuntungan yang banyak hasil dari kilang-kilang seterusnya menguasai ekonomi umat Islam

Matlamat lain

Selain itu, matlamat gerakan orientalisme ini ialah:

1- Membina batu pemisah diantara Islam dan Barat dari aspek ilmu pengetahuan dan imej. Ia seperti mana firman Allah yang bermaksud :

“ Wahai ahli kitab (Yahudi dan Nasrani), kenapa kamu tutupi kebenaran dengan kebatilan.Dan kamu sembunyikan kebenaran yang sebenar, sedangkan kamu sudah mengetahuinya?”

2- Menimbulkan keraguan di kalangan intelektual di dalam negara Islam menentang kemajuan dan menganjurkan keganasan. Firman Allah yang berbunyi:

وأن احكم بينهم بما أنزل الله ولا تتبع أهواءهم واحذرهم أن يفتنوك عن بعض ما أنزل الله إليك ......."

“Engkau hukumlah antara mereka menurut apa yang diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau turut hawa nafsu mereka dan waspadalah terhadap mereka supaya jangan mereka menyesatkan engkau dari sebahagian apa yang telah diturunkan kepada kamu” (al-Maidah : 49)

4- Melemahkan tali persaudaraan umat Islam. Ia merujuk kepada kata-kata seorang orientalis iaitu Hanoto bahawa “Kita mesti merenggangkan ikatan umat Islam iaitu ikatan keagamaan yang menghubungkan mereka di Barat dan Timur seterusnya menjadikan mereka umat yang bersatu”.

5- Melahirkan generasi yang sama dengan mereka dari segi pemikiran, sikap dan budaya supaya mereka mudah untuk berhubung, berinteraksi dan bersefahaman. Seterusnya mengosongkan masyarakat daripada generasi yang responsif terhadap agama dan budaya Islam yang akan menghapuskan semangat Islam.





al-Quran

Abdullah bin Ayub. 1961. Cara Pemerintahan Tanah Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Rahman Hj. Abdullah. 1987. Pemikiran Islam Masa Kini “Sejarah dan Aliran”. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad Ibrahim 1988. Ke arah Islamisasi Undang-Undang di Malaysia. Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Islam Malsysia.

al-Bahiyy, Muhammad. 1970. al-Fikr al-Islamiyy al-Hadith wa Silatuh Bilisti’mar al-Gharbiyy. Edisi 5. Bayrut: Dar al-Fikr.

Ensiklopedia Islam Untuk Pelajar Islam. Jilid 4. 2003. Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia.

Ensiklopedia Islam. Jilid 4. 2004. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ensiklopedia Tematis Dunia Islam- Dinamika Masa Kini. Jilid 6. t.thn. PT Ichtiar Baru Van Hoeve.

Hillaluddin Abdullah. 1992. Orientalime: Perkembangan dan Pergerakan. Latihan Ilmiah: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ibrahim Mahmood. 1981. Sejarah Perjuangan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara.

Joesoef Suo’yb. 1985. Orientalisme dan Islam. Jakarta: Bulan Bintang.

Kamus Dwibahasa. 1985. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muda@Ismail Abd Rahman (Prof. Madya) et.al. 1999. Cabaran Islam di Abad ke-21. Terengganu: Yayasan Islam Terengganu.

Muhammad Yusoff Hashim. 1985. “Manuskrip Melayu: Warisan Keilmuan yang Bernilai”- Dalam Warisan Dunia Melayu Teras Peradaban Malaysia. Kuala Lumpur: Biro Penerbitan GAPENA, Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Muin Umar. 1978. Orientalisme dan Studi Tentang Islam. Jakarta. Bulan Bintang.

Nik Azran Muhammad (Hj), Mohd Mahadi Hj.Isa (Hj). 2009. Gerakan Orientalisme dan Kristianisasi. Petaling Jaya: Hijjaz Records Publishing.

al- Siba’i, Mustafa. 1968. al-Istishraq wa al-Mustahriqun ma Lahum wa ma ‘Alayhim. Kuwait: Maktabah Dar al-Bayan.

Sobri Salamon. 1988. Perniagaan Menurut Pandangan Islam. Kuala Lumpur: al-Rahmaniyyah.

Tk. Ismail Jakub (Hj). t.th. Orientalisme dan Orientalisten. Surabaya: C.V Faizah.

Wan Salim Wan Mohd Noor (Dr). 2003. Orientalisme- Serang Fikiran Umat Islam Secara Halus. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zaqzuq, Mahmud Hamdi (Dr). 1989. Orientalisme: Kesan Pemikirannya Terhadap Tamadun Islam. Bayrut: Dar al-Fikr.

No comments:

Post a Comment