21 November, 2010

BAHASA

Bahasa ialah ujaran manusia, sama ada yang dituturkan ataupun yang ditulis. Bahasa ialah sistem komunikasi yang paling biasa. Ia membolehkan manusia saling bercakap dengan satu sama lain dan menulis fikiran dan ideanya.

Perkataan bahasa itu, mungkin digunakan secara longgar untuk bermakna sebarang komunikasi, seperti lampu lalu lintas atau isyarat asap Orang Asli Amerika . Tetapi asal usul perkataan tersebut menunjukkan penggunaan asasnya.

Perkataan language dalam bahasa Inggeris berasal daripada perkataan latin lingua yang bermakna tongue, dan bahasa pula kerap dinamakan tongue.

Di mana sahaja terdapat masyarakat manusia, maka terdapat bahasa. Kebanyakan bentuk aktiviti manusia bergantung pada kerjasama dua orang atau lebih. Satu bahasa bersama membolehkan manusia bekerja bersama-sama dengan berbagai cara yang tidak terbatas. Bahasa telah memungkinkan perkembangan peradaban teknologi yang maju. Tanpa bahasa untuk berkomunikasi, maka tidak akan terdapat sains, agama, perniagaan, kerajaan, kesenian, kesusasteraan dan falsafah.

Para sarjana telah menentukan bahawa terdapat lebih kurang 3000 bahasa yang dituturkan di dunia hari ini. Bilangan ini tidak termasuk dialek. BAnyak bahasa dituturkan hanya oleh kumpulan-kumpulan kecil yang terdiri daripada beberapa ratus atau beberapa ribu orang sahaja.

Terdapat lebih daripada seratus bahasa dengan sejuta atau lebih penutur. Daripada bahasa-bahasa ini, 19 bahasa mempunyai penutur melebihi 50 juta orang setiap satu : Arab, Benggali, Cina, Inggeris, Jerman , Itali dan lain-lain.

MEMPELAJARI BAHASA ASING

Ada banyak sebab mempelajari bahasa asing, Antaranya ialah :

1) Mempelajari bahasa asing meningkatkan julat komunikasi.
2) Dapat mengetahui adat resam dan cara hidup bangsa lain.
3) Dapat membantu menambah pengetahuan tentang bahasa sendiri.
4) dapat membantu menambah himpunan maklumat umum.


sumber : Ensiklopedia Dunia

No comments:

Post a Comment