24 October, 2009

PERSEDIAAN PENDAKWAH UNTUK BERJIDAL

Allah swt membenarkan pendakwah bermujadalah, tetapi harus mengikut panduan yang telah ditetapkan.Berani dan berkobar-kobar sahaja tidak cukup untuk seseorang berdebat/berjidal.Berikut antara persiapan-persiapan yang perlu ada pada seorang pendakwah:

1) ilmu pengetahuan yang mantap.Firman Allah swt.:

قل هذه سيبلى أدعوا الى الله على بصيرة أنا ومن اتبعنى وسبحان الله وما أنا من المشركين
maksudnya: katakanlah :inilah jalanku,aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata ,maha suci Allah ,dan aku tidak termasuk orang-oarang yang musyrik.

basiroh dalam ayat tersebut bermaksud ilmu.

2)Amal perbuatan selari dengan apa yang diserukan.Ini akan menjadi contoh teladan yang baik.

3)kekuatan jiwa yang mantap dan keindahan akhlak.semasa Allah mengutuskan Nabi Musa dan Nabi Harun alahima salam,kepada manusia yang paling kufur (firaun) Allah memerintahkan kedua-dua nabinya berpegang kepada method dakwah yang indah.firman Allah:

فقولا له قولا لينا لعله يتذكر أو يخشى
maksudnya: maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut ,mudah-mudahan ia ingat dan takut.

No comments:

Post a Comment