30 August, 2009

Uslub al-Hikmah Dalam Berdakwah

Bismillah .

Entri kali ini akan saya bawakan berkenaan uslub dalam kita berdakwah.Bermacam-macam jenis uslub tapi kali ini saya akan bawakan uslub al-hikmah dalam berdakwah.

Dakwah adalah satu kewajipan kepada semua manusia Islam sama ada lelaki dan perempuan.firman Allah :

ولتكن منكم أمة يدعون إلى الخير ويأمرون بالعروف وينهونعن المنكر وأولىك هم المفلحون

Dan hendaklah ada diantara segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan , menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar.merekalah orang-orang yang beruntung. (ali imran -104)


Dakwah adalah kegiatan yang bersifat menyeru,mengajak dan memanggil orang untuk beriman dan taat kepada Allah Subhanahu wa ta’ala sesuai dengan garis aqidah ,syariat dan akhlak Islam.Kata Dakwah merupakan masdar (kata Benda) dari kata kerja da’a yad’u yang bererti panggilan ,seruan atau ajakan .

Disini akan saya berkongsi berkenaan uslub –uslub yang perlu digunakan oleh seseorang pendakwah dalam menjalankan kegiatan dakwah di muka bumi ini.InsyaAllah moga-moga sama –sama kita dapat manfaat dari uslub dalam islam ini..
Firman Allah:


ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هي أحسن إن ربك هو أعلم بمن ضل عن سبيله وهو أعلم بالمهتدين .


"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik." (An Nahl: 125)


( يؤتي الحكمة من يشاء، ومن يُؤتَ الحكمة فقد أوتي خيراً كثيراً وما يذكر إلا أولو الألباب) البقرة

Takrif al-hikmah .dari sudut bahasa ialah ditakrifkan sebagai ilmu dan pemahaman dan orang-orang arab mengatakan , Hakamtu, Ahkamtu, dan hakkamtu sama maknanya mana’tu dan radadtu

Manakala dari segi istilah ialah sebagaimana keterangan yang dipaparkan oleh Imam Ibnu Taimiyah Rahimahullah, “Adapun hikmah dalam al-quran ertinya ialah pemahaman terhadap al-haq (kebenaran) berbiacara dan mengamalkannya maka hati yang mempunyai pemahaman dan niat atau tujuan ,diajak dengan hikmah”.

Terdapat perbezaan diantara al-quwwah dan al-syiddah disini ,iaitu al-quwwah ialah kekuatan dan al-syiddah ialah ketegasan dalam menegakkan islam.


Dan akhirnya Prof Dr Siti Raqayah (Pensyarah dakwah di universiti saya) pun menjelaskan al-hikmah ialah:
هو الإصابة في أقوال والأفعال ووضع كل شئ في موضعه .

Iaitu membenarkan sesuatu dari segi perbuatan dan perbuatan dan meletakkan setiap sesuatu pada tempatnya.

Dan beliau juga menjelaskan pada awal permulaan islam ,tidak diwajibkan kepada orang islam untuk berperang tetapi apabila islam itu ditindas maka Allah menyuruh orang islam untuk berperang sebagai mempertahankan agama.Ini juga menunjukkan bahawa berperang juga salah satu uslub dakwah.timbul pula persoalan zaman sekarang,adakah berperang itu uslub yang terbaik?

Al-hikmah terbahagi kepada dua iaitu ilmiyah nazhariah dan amaliyah.Ilmiyah nazhariah (teori) iaitu mengkaji dan mendalami apa yang sebaliknya dan mengetahui sebab musababnya.Manakala amaliyah (praktikal)

Seterusnya dijelaskan juga berkenaan meletakkan sesuatu ( lawan zalim) pada tempatnya terbahagi kepada 3 iaitu

1. Meletakkan setiap sesuatu pada haknya dan jangan tergopoh-gopoh dan jangan terlalu lambat.maksudnya disini ialah apabila terdapat sesutu masalah kita hendaklah menyiasat dahulu dan jangan kita menghukum seseorang tanpa mengetahui apa yang sebenarnya yang berlaku.

2. Mengetahui dan mensyukuri keadilan Allah dalam sesuatu.Disini lebih menunjukkan bahawa kita hedaklah bersyukur atas apa yang berlaku contohnya jika seseorang itu dilahirkan cacat maka hendaklah dia bersyukur dengan kejadiannya.Setiap Sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya yang tersendiri

3. Albasirah huwa quwwatuul idrak iaitu pandangan seseorang da’ie kepada mad’u mesti pada 3 perkara yang penting iaitu :

1. Syaksiah ad da’ie; setiap da’ie perlu melengkapkan diri dengan ilmu .
Dengan ilmu akan dapat meyakinkan mad’u dengan hikmah yang kita hendak samapaikan.

2. Keadaan mad’u: setiap pendaie perlu melihat tahap pemikiran mad’u.
Jika mad’u seorng berilmu maka uslub hikmah yang mesti digunakan dengan jalan ilmu juga.Jika mad’u kita seorang tua ,maka hendaklah kita menyampaikan uslub hikmah sesuai dengan tahap pemikiran orang tua.tak perlu kita hendak bagthu khilaf2 yang terdapat dalam se Sesuatu hukum.cukup sekadar kita bagi tahu ape yang ulama sepakat dalam sesuatu hukum.
3. Thariqah ad-dakwah : iaitu Jalan jalan yang perlu digunakan atau uslub yang perlu digunakan.Maksudnya jika kita hendak mencegah seseorang dari berbuat maksiat ,pertama sekali hendaklah kita menerangkan kepadanya apa akibat disebaliknya dan hendaklah menggunakan uslub yang lembut,jangan berkeras .tetapi sekiranya bila kita dah mencegahnya beberapa kali dengan lembut tapi dia tetap juga berkeras maka uslub yang tegas perlu kita gunakan.


Renungkan mutiara kata syeikhul Islam Ibnu Taimiyah :
"Kadang seseorang atau satu kelompok berbuat dosa, sedangkan yang lain diam (tidak perduli), tidak melaksanakan amar ma’ruf nahi mungkar, sehingga menjadi dosa bagi mereka. Adapula yang mengingkri tapi dengan cara yang justru dilarang, inipun menjadi dosa bagi mereka, akhirnya timbul perpecahan, perselisihan, dan keburukan….. Barangsiapa yang memperhatikan fitnah yang terjadi tentu melihat sebabnya adalah dari tindakan tersebut."



Kesimpulannya,kita sebagai pendakwah mestilah berhikmah dalam berdakwah. Jangan disebabkan kita tidak ada ilmu berkenaan dengannya menyebabkan orang yang kita seru tidak mahu menghayati islam.Hidayah dari Allah tapi kita sebagai membantu sahabat-sahabat yang lain menghayati dan mengamalkan islam.Waallahua’alam.Apa yang baik baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu dari saya tapi hakikatnya kedua-duanya dari Allah.

1 comment: