11 December, 2009

Keajaiban Hati




Jenis-jenis hati :


1) Hati yang sihat
2) Hati yang Mati
3) Hati yang Sakit

1) Hati yang Sihat

Merupakan hati yang elamat pada hari kiamat, seperti firman Allah :

“ (yaitu) dihari harta dan anak-anak laki-laki tidak berguna, KECUALI
Orang-orang yang mengadap Allah dengan hati yang sihat”
(Asy-syuara’- 88-89)

Manusia berbeza ungkapan dalam mendefinisikan makna hati yang sihat.Definisi Universal tentang hati yang sihat ialah hati yang bersih dari semua syahwat yang bertentangan dengan perintah Allah Ta’ala dan larangan-Nya, Bersih dari semua syubhat yang bertentangan dengan wahyu Allah dari berhukum kepada selain Rasul-Nya, kecintaannya bersih untuk Allah Taala dan berhukum kepada rasulnya dalam takut kepadanya, berharap kepada-Nya mengutamakan keredhaan-Nya dalam semua kondisi, dan menjauh dari kemurkaan-Nya kerana itu semua adalah esensi ubudiyah yang hanya diberikan kecuali kepada Allah Taala sahaja.

Jadi hati yang sihat yaitu hati yang sihat dari menjadikan sekutu Allah Taala di dalam hatinya walau apa pun alasannya.Bahkan ia memurnikan ubudiyahnya kepada Allah Taala : dalam keinginan, cinta, tawakal, inabah, ketundukan, khusyu’ dan berharap.Ia memurnikan perbuatannya kerana Allah Taala.

Tidak cukup itu sahaja, ia sihat dari tunduk dan berhukum dan berhukum kepada selain RasulNya s.a.w . Ia mengikat hatinya dengan ikatan yang kukuh untuk hanya meniru beliau sahaja dalam ucapan dan perbuatan.

2) Hati yang Mati.

Hati yang tidak ada kehidupan didalamnya.Hati tersebut terdiri di antara syahwatnya dan kelazatannya.kendati di dalamnya terdapat murka Allah dan marah-Nya.Hawa nafsunya, lebih diutamakan .


3) Hati yang Sakit.

Hati yang mempunyai kehidupan dan mempunyai penyakit.Hati jenis ini selalu diuji dua penyeru, penyeru kepada mengajaknya kepada Allah Taala, dan penyeru yang mengajaknya kepada dunia.

Sesungguhnya hati, dan organ tubuh yang lain diharapkan sihat dan tidak
berpenyakit hingga ia siap menerima apa yang disiapkan untuknya, dan
dan diciptakan untuknya. Jika hati keluar dari garis istiqamah, itu disebabkan
kerana ia kering, keras, dan tidak siap menerima apa yang telah disiapkan
untuknya seperti halnya tangan tangan yang lumpuh, mulut yan bisu, hidung
yang pecah, dan mata yang tidak bisa melihat sesuatu apa pun.Atau disebabkan
kerana penyakit yang ada di dalamnya yang menyebabkannya tidak bisa berbuat
dengan sempurna dan maksimal.

Rujukan : Keajaiban hati oleh penterjemah Fadhli Bahri Lc

22 November, 2009

DIALEK ATAU LAHJAT

DIALEK

Dialek merupakan variasi bahasa apabila variasi bahasa itu difahami oleh pengguna dalam sesebuah masyarakat. Variasi bahasa lazimnya dirujuk sebagai dialek atau kelainan bahasa. Dari sudut yang sama, pewujudan bahasa boleh disejajarkan dengan sebuah sistem. Menurut Noriah ( 2003 ), dalam hal ini, bahasa boleh dianggap sebagai sebuah sistem terbuka yang dalamnya terkandung beberapa bahagian dan bahagian-bahagian dalam sistem bahasa inilah yang dikatakan dialek atau variasi bahasa.

1 Dialek Geografi.

Menurut Wafi (1945) sesungguhnya keadaan geografi sesuatu tempat menjadikan setiap keadaan geografi menjadi salah satu faktor perbezaan dialek sesuatu kaum. Ini berikutan perbezaan dari segi udara,keadaan negara,suasana,bukit bukau,sungai-sungai dan laut. Iklim juga turut memberi kesan terhadap bahasa. Contohnya penduduk Iraq berpegang kepada bahasa Parsi, bahasa Kurdiah dan bahasa Turki.Tetapi bagi penduduk Maghrib, mereka tidak berpegang kepada bahasa Farsi, Kurdiah dan Turkiah tetapi berpegang kepada bahasa Isbania dan Parsi.Kesemua ciri-ciri iklim semulajadi ini memberi kesan kepada bahasa masyarakat,sama ada iklim panas, sederhana dan sejuk.Oleh kerana bahasa ini membuatkan uslub setiap bahasa berbeza mengikut suasana.

2 Dialek Pasar(Ammi)

Dialek ini digunakan dalam kehidupan seharian atau sebagai bahasa seharian yang digunakan di rumah, di pasar dan di tempat-tempat awam. Menurut Khuli ( 2000 ) ia juga merupakan bahasa yang tidak rasmi dan ia digunakan sejak kecil lagi berbanding bahasa buku yang dipelajari apabila berada diperingkat persekolahan.Sesungguhnya dialek ini hanya difahami oleh masyarakat yang menuturkan dialek tersebut. Dialek pasar ini juga mengalami perkembangan yang sangat pesat.

3 Dialek baku (fushah)

Variasi bahasa ini dikenali sebagai bahasa sastera atau bahasa kitab yang mana ianya dinukilkan di dada-dada akhbar, majalah, dan dalam hal ehwal pejabat. Ia juga digunakan di dalam perdebatan, pembelajaran dan di dalam sistem pengajaran di kelas-kelas. Menurut Khuli ( 2000 ) juga, dialek ini bersih daripada lafaz-lafaz pasar bahasa pasar.

4 Dialek Kemasyarakatan

Pertuturan sesuatu negara atau sesuatu kawasan mempunyai bahasa yang berbeza berdasarkan tingkatan manusia dan kawasannya. Tingkatan kemasyarakatan ini dapat dinilai perbezaannnya melalui ilmu pengetahuan, tarbiyah, pemikiran, perasaan, kehidupan, kehidupan berkeluarga, kepercayaan dan adat resam. Secara jelasnya kesemua perbezaan ini menunjukkan setiap tingkatan kemasyarakatan. Ia menghasilkan kepelbagaian dialek yang berbeza dari segi perkataan, uslub, dan pembentukkan ayat dan lain-lain lagi.


5 Dialek Kampung dan Bandar

Setiap iklim mempunyai kedudukan geografi yang tertentu, dan setiap geografi mempunyai bandar dan kampung. Setiap kampung dan bandar pula mempunyai dialek yang berbeza. Menurut Khuli ( 2000 ) dua sebab yang membezakan dialek ini ialah:

1) Penduduk bandar lebih banyak bercampur dengan pelbagai manusia yang datang dari pelbagai kampung. Ini menjadikan bandar sebagai tempat perhubungan dengan pelbagai masyarakat yang berbeza dari segi pengetahuan dan dialek.

2) Tahap ilmu pengetahuan penduduk bandar lebih tinggi berbanding penduduk kampung.

6 Dialek jantina

Secara hakikatnya dialek ini merupakan sejenis dialek kemasyarakatan. Adakah sama dialek seorang perempuan dengan seorang lelaki? Terdapat perbezaan yang boleh dilihat dari segi cara percakapan, pergerakan seseorang terhadap bahasa, tinggi rendah suara dan lain-lain lagi. Perbezaan ini dikenali sebagai dialek kelakian dan dialek keperempuanan. Cara cakap seorang lelaki berbeza dengan cara cakap seorang perempuan (

7 Dialek umur

Perbezaan umur seseorang memainkan peranan dalam dialek ini. Kita lihat bagaimana kanak-kanak yang umurnya 3 tahun, apa yang berlaku pada suaranya, dan perkataannya. Perbezaan ini dapat dilihat pada sebutannya dan perkataannnya.

8 Dialek masa

Unsur zaman memainkan peranan penting dalam sesuatu dialek. Jika dibandingkan dengan dialek zaman dahulu amat berbeza dengan dialek yang digunakan zaman sekarang mengikut peredaran zaman. Secara semulajadinya, sesetengah dialek berterusan digunakan sehingga waktu kini dan ia dikatakan sebagai dialek yang hidup.

9 Dialek Perseorangan

Dialek perseorangan berlaku apabila dua orang yang berlainan iklim, berlainan tempat asal tetapi hidup dalam satu rumah. Mereka juga telah mengalami proses pembelajaran yang sama tetapi terdapat perbezaan dari segi dialek diantara keduanya. Setiap seorang daripadanya berbual dalam bentuk dialek yang berbeza.

10 Dialek Minoriti

Sesungguhnya golongan yang minoriti akan bertutur dalam dialek golongan majoriti. Contohnya golongan India yang tinggal di Amerika seakan-akan bertutur dialek “Inggeris India”.

11 Dialek Pekerjaan

Setiap bidang pekerjaan mempunyai dialek bahasa yang tertentu. Seorang doktor bertutur dialek bahasa yang kurang difahami oleh bidang pekerjaan yang lain, ini menyebabkan terjadinya dialek pekerjaan.