25 February, 2010

Isu-isu Pemikiran Liberal di Malaysia




Aliran Islam liberal wujud hampir di setiap negara umat Islam.Nama mereka berbeza-beza dan mungkin tidak dikenali dengan nama tertentu, Tetapi manhaj dan gaya mereka tetap sama iaitu meragui syariat dan hukum-hukum agama, berprasangka buruk terhadap ulama dan mentafsir agama dan al-quran melalui akal secara bebas.

Golongan Islam Liberal yang terdapat di Malaysia sekalipun tanpa memakai dan tidak menggunakan gelaran Islam liberal secara terang-terangan sebagaimana yang berlaku di Indonesia. Mereka ini bersifat meniru apa yang wujud di Negara Timur tengah dan Indonesia.Contohnya ada pihak yang menentang apabila pihak berkuasa bertindak merobohkan markas kerajaan Ayah Pin dengan alasan satu bentuk penindasan terhadap golongan minoriti.

Antara tokoh-tokoh Islam Liberal yang dapat dikenali melalui tulisan-tulisan mereka ialah :

1) Kassim Ahmad
2) Sister In Islam(Zainah Anwar)
3) Faris md Nor
4) Akhbar Ali

Contoh Kes:

1) sambutan kongsi Raya,iaitu menyambut perayaan agama secara bersama-sama diantara agama Islam,Hindu,Kristian, dan cina

2) Golongan Islam Liberal pernah menolak pandangan para mufti yang ianya haram dan bertentangan dengan Islam sebagai Jumud, Kolot, atau berfikiran kolot.Astora Jabat telah melabelkan sebagai ulama merapu dalam majalah Al-Islam.

Islam Liberal ini dapat dilihat melalui:

1) Ayat-ayat al-quran perlu ditafsirkan semula agar selari dengan peredaran zaman
2) Meragui kesahihan sebahagian teks Al-Quran dan penyusunannya.
3) Menolak dan mempertikai Hadis Nabi s.a.w dengan mendakwa ia bercanggah dengan
Al-Quran.
4) Meragui peribadi Rasulullah.
5) Mempertikai Syariat Allah dan Hukum Fiqh
6) Menolak penguatkuasaan undang-undang moral Agama
7) Mendesak diberikan hak kebebasan murtad untuk penganut Islam
8) mendukukng Gerakan Pembebasan Wanita dan feminisme

Cadangan dalam menangani Fahaman Islam Liberal:

1) Aliran ini mesti dibendung dan disekat daripada terus disebarkan

2) Perlu ada usaha-usaha untuk menerangkan kepada masyarakat tentang bahaya aliran ini.

3) Memperkukuhkan tradisi pendidikan Islam di sekolah-sekolah

4) Islam merupakan Agama yang benar dan tidak boleh disamakan dengan agama lain.Konsep semua agama hendaklah dibetulkan.

5) Pihak berkuasa perlulah mengenal pasti individu-individu dan organisasi-organisasi yang terlibat dan dipanggil untuk membincagkan dan memperbetulkan aqidah mereka.

21 February, 2010

Buku : Kedudukan Al-Sunnah dalam Sintaksis Arab





Buku ini dikarang oleh Badrul Munir Muhamad Nur yang diterbitkan oleh Kolej Universiti Islam Malaysia.terbahagi kepada 5 bab yang dikupas begitu menarik untuk tatapan pembaca. Bab 4 dan 5 lebih menjurus hubung kait antara sunnah dan sintaksis atau lebih dikenali ilmu nahu.

Al-sunnah merupakan sumber rujukan agama Islam yang kedua selepas Al-quran. Perkara ini telah pun disepakati oleh segenap lapisan ulama ahlus sunnah wal jamaah dan telah diterima oleh seluruh umat Islam, namun begitu kewibawaan dan kedudukan al-sunnah dalam bidang nahu arab masih lagi dipertikai dan diperdebatkan.


Di dalam bab 1 dihuraikan berkaitan Rasulullah s.a.w.Kefasihahan Rasulullah, Gaya bahasa Rasulullah s.a.w.Turut disertakan juga pandangan rasulullah terhadap puisi dan penyair

Bab 2 lebih menjurus kepada konsep al-sunnah itu sendiri.Perbezaan di antara al-quran, al-hadith qudsi dan hadith Nabi s.a.w.

Bab 3 membincangkan berkenaan pengumpulan al-sunnah iaitu pengamatan dari segi sejarah dan metodologi.
turut disebut juga al-sunnah sebagai sumber utama dalam tatabahasa selepas al-quran dan al-sunnah adalah sumber bahasa dan tatabahasa arab.

Sesunggunnya ulama dahulu dan sekarang berbeza pendapat dalam mengambil al-sunnah sebagai dalil dalam pengkaedahan nahu arab.Buku ini sedikit sebanyak dapat membantu dalam memahami al-sunnah dalam pengkaedahan nahu arab.

16 February, 2010

Buku Wabak sepanjang Jalan



ISTI'JAL(terburu-buru)

Dari segi bahasa bermaksud mendesak.Terbahagi kepada 2 iaitu :

1)isti'jal terpuji
2)isti'jal tercela

Rupa bentuk isti'jal
1) kurang bersedia
2) kurang ilmu

sifat isti'jal
1)futur
2) terkorban tanpa hasil

sebab isti'jal

1) Runtunan nafsu
2) Semangat atas iman yang membara
3) Suasana semasa
4) Realiti musuh atau seteru
5) Tidak faham realiti musuh
6) Tidak terdaya dalam perjuangan
7) Tidak mengira akibat
8) Tidak ada program yang menyedut kekuatan dan meredakan ketegangan
9) Melakukan kerja tanpa merujuk orang yang berpengalaman
10)Lalai dengan peraturan Allah
11)Lupe matlamat dan hala tuju muslim
12)Bergaul dan mendampingi golongan gopoh

Bagaimana mengatasi isti'jal

1) Merenung kesan yang diperolehi
2) Merenung Al-quran
3) Sentiasa rujuk as-sunnah
4) sentiasa merujuk kitab-kitab haraki
5) Bertanya orang yang berpengalaman
6) Mengikut kerja dan agenda(Plan your work, work your plan)
7) Memahami pendekatan musuh
8) Jangan takut dengan perancagan musuh
9) Sentiasa bermujahadah (bersungguh-sungguh)
10)Berhati-hati setiap apa yang dibuat.

06 February, 2010

Orientalisme

Orientalisme merupakan sebuah gerakan yang sering dikaitkan dengan para sarjana Barat yang terdiri daripada orang Yahudi dan Kristian. Gerakan orientalis ini bermula kesan daripada pertembungan pemikiran, politik, aqidah atau ideologi yang menyelubungi zaman pasca modenisme ini. Kita sudah sedia maklum bahawa gerakan ini dibangunkan bagi tujuan mengkaji mengenai dunia Timur dan Islam. Selain itu, terdapat pandangan yang mengatakan bahawa orientalisme juga merupakan sebuah disiplin ilmu yang mempunyai methodologi yang tersendiri kerana dipengaruhi oleh faktor luaran yang berfungsi sebagai dasar kewujudan dan operasinya.

FAKTOR-FAKTOR KEMUNCULAN ORIENTALISME

Di antara faktor-faktor utama kemunculan orientalisme ialah:

Faktor Keagamaan
Faktor ini merupakan faktor utama golongan orientalis. Ia bertujuan untuk menyaingi perkembangan Islam kerana ingin membalas dendam terhadap kekalahan mereka di dalam perang Salib. Seterusnya menyebarkan Islam yang telah diselewengkan oleh Barat dengan mempelajari dan menyelidik hal-hal dunia Islam dan berusaha untuk menghancurkan Islam. Penggerak utama orientalisme ialah golongan missionari Kristian yang mengkaji agama Islam atas dorongan agama mereka dan sebagai persiapan untuk menghadapi tentangan umat Islam.

Faktor Ilmu
Selain itu, ia juga disebabkan oleh faktor ilmu. Ini kerana pada waktu itu Barat masih tidak kenal tentang ilmu pengrtahuan, sains dan teknologi. Oleh yang demikian, mereka mempelajari tamadun-tamadun ciptaan orang Islam khasnya di Sepanyol. Dengan sebab ini, mereka boleh membina ketamadunan Barat. Selain itu, ia kerana berlaku konflik yang sengit di antara sekte-sekte agama Kristian. Oleh sebab ini, ia mendorong mereka mempelajari bahasa-bahasa Timur yang menjadi bahasa-bahasa kitab-kitab suci mereka seperti Bahasa Hebrew, Sumaria dan bahasa Arab. Ia bertujuan untuk menangkis hujah dan membenarkan kata-kata mereka di hadapan lawan

Faktor Ekonomi
Di samping itu juga, faktor penting ialah ekonomi. Ini kerana terdapat pelbagai sumber makanan, rempah-ratus dan hasil bumi di Timur. Ini kerana apabila golongan ini Berjaya menguasai Timur bermakna mereka juga memonopoli kekuatan ekonomi dunia. Selain itu, mereka juga berusaha untuk memecah-belahkan kekuatan ekonomi yang dibina oleh saudagar-saudagar Islam terutamanya dari Tanah Arab

Faktor Politik
Kemunculam mereka kerana mereka beranggapan apabila banyak tempat yang dijajah oleh mereka maka semakin gemilanglah nama negara penjajah itu. Ia berlaku selepas kebanyakan Negara Islam bebas daripada belenggu penjajahan. Pada masa ini, semua kedutaan negara Barat di negara Islam yang bebas itu ditempatkan setiausaha dan penasihat yang mahir dalam bahasa Arab dan begitu arif tentang kelemahan politik sesebuah negara. Mereka berperanan untuk berkomunikasi dengan cendekiawan, ahli-ahli politik untuk mengetahui cara mereka berfikir. Selain itu mereka juga meniupkan semangat permusuhan sesama Arab atau antara Arab dan orang Islam. Usaha-usaha ini dilakukan dengan alas an untuk member bantuan yang berbentuk nasihat dan bimbingan .
Faktor Sejarah
Selain itu juga, faktor ini menjadi sebab terhadap kemunculan golongan orientalis. Ini kerana dendam mereka dengan perkembangan Islam semenjak zaman Saidina Rasulullah (S.A.W). Maka melalui gerakan ini, mereka akan mempelajari segala ilmu pengetahuan, budaya, sastera dan sebagainya yang mempunyai kaitan dengan umat Islam. Seterusnya, umat Islam akan diserang kembali dengan ilmu-ilmu yang berasal daripada mereka

MATLAMAT ORIENTALISME

Menurut Dr. Mustafa siba’I, matlamat pergerakan orientalisme secara umumnya dapat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu agama, politik dan ilmu (Abdul Rahman Abdullah 1987: 62). Firman Allah dalam Surah al-Baqarah: 120:

"ولن ترضى عنك اليهود ولا النصارى حتى تتبع ملتهم قل إن هدى الله هو الهدى ولئن اتبعت أهواءهم بعد الذى جآءك من العلم ما لك من الله من ولى ولا نصير"
Maksudnya: “Orang-orang Yahudi dan Kristian tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka” (al-Baqarah: 120).

Agama

Matlamat agama ini dapat disimpulkan dalam empat perkara utama iaitu:

1- Memerangi Islam dan mengkaji kelemahannya dengan menyemai benih-benih keraguan terhadap agama Islam.

2- Menjaga orang –orang kristian dari apa yang dikatakan bahaya Islam serta berusaha membendung kebenaran islam dari mempengaruhi mereka.

3-Menjalankan kegiatan kristianisasi dan memudahkan proses kolonialisasi. Golongan Mubaligh Kristian dan pentadbir kolonial mendalami hal-ehwal ketimuran dan keislaman sebagai alat untuk memudahkan tercapainya matlamat mereka.


4- Menjauhkan umat Islam daripada akidah dan syariat Islam. Misalnya, mengatakan bahawa Al-quran itu hasil karangan Nabi Muhammad (S.A.W) dan tamadun Islam itu diambil daripada tamadun Rom

Malah untuk menjayakan matlamat agama ini orientalis-orientalis barat telah menumpukan sasaran mereka kepada sasaran umum dan sasaran khusus.Sasaran umum merangkumi seluruh penduduk dunia iaitu orang Islam dan orang bukan Islam. Ia berhubung rapat dengan sasaran khusus. Ini kerana melalui sasaran khusus maka sasaran umum akan berjaya dilaksanakan. Manakala orientalis-orientalis barat telah menumpukan sasaran khusus kepada pengkajian tentang al-quran , hadith, bahasa Arab, Sejarah Islam, dan seterusnya yang menyentuh soal-soal islam

Politik

Matlamat ini amat jelas kelihatan ketika penjajahan Barat di dunia Islam pada kurun ke-19 dan ke-20. Negara penjajah terpaksa mengajar pengawai-pengawainya bahasa negara yang akan dijajahnya, dan mempelajari sastera-sastera dan agamanya supaya mengetahui bagaimana hendak mentadbir negara yang dijajah itu dan memerintahnya. Pada peringkat ini mereka lebih mengutamakan bahasa pasar dan adat-adat yang diamalkan seperti mereka mengambil berat untuk mengetahui agama dan syariat orang yang dijajah.

Perniagaan

Orientalis mengambil berat untuk meluaskan perniagaan mereka di negeri-negeri bahagian timur terutama untuk mendapatkan bahan-bahan utama bagi kilang-kilang mereka yang sedang pesat membangun. Oleh itu mereka perlu pergi ke negara-negara Islam untuk mengenal Islam dan mengkaji kedudukan geografinya, pertanian dan cara hidup penduduknya sehingga mereka dapat bergaul mesra dengan orang Islam dan mudah mendapatkan apa yang mereka hajati. Dengan cara itu, mereka akan mendapat keuntungan yang banyak hasil dari kilang-kilang seterusnya menguasai ekonomi umat Islam

Matlamat lain

Selain itu, matlamat gerakan orientalisme ini ialah:

1- Membina batu pemisah diantara Islam dan Barat dari aspek ilmu pengetahuan dan imej. Ia seperti mana firman Allah yang bermaksud :

“ Wahai ahli kitab (Yahudi dan Nasrani), kenapa kamu tutupi kebenaran dengan kebatilan.Dan kamu sembunyikan kebenaran yang sebenar, sedangkan kamu sudah mengetahuinya?”

2- Menimbulkan keraguan di kalangan intelektual di dalam negara Islam menentang kemajuan dan menganjurkan keganasan. Firman Allah yang berbunyi:

وأن احكم بينهم بما أنزل الله ولا تتبع أهواءهم واحذرهم أن يفتنوك عن بعض ما أنزل الله إليك ......."

“Engkau hukumlah antara mereka menurut apa yang diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau turut hawa nafsu mereka dan waspadalah terhadap mereka supaya jangan mereka menyesatkan engkau dari sebahagian apa yang telah diturunkan kepada kamu” (al-Maidah : 49)

4- Melemahkan tali persaudaraan umat Islam. Ia merujuk kepada kata-kata seorang orientalis iaitu Hanoto bahawa “Kita mesti merenggangkan ikatan umat Islam iaitu ikatan keagamaan yang menghubungkan mereka di Barat dan Timur seterusnya menjadikan mereka umat yang bersatu”.

5- Melahirkan generasi yang sama dengan mereka dari segi pemikiran, sikap dan budaya supaya mereka mudah untuk berhubung, berinteraksi dan bersefahaman. Seterusnya mengosongkan masyarakat daripada generasi yang responsif terhadap agama dan budaya Islam yang akan menghapuskan semangat Islam.





al-Quran

Abdullah bin Ayub. 1961. Cara Pemerintahan Tanah Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Rahman Hj. Abdullah. 1987. Pemikiran Islam Masa Kini “Sejarah dan Aliran”. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad Ibrahim 1988. Ke arah Islamisasi Undang-Undang di Malaysia. Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Islam Malsysia.

al-Bahiyy, Muhammad. 1970. al-Fikr al-Islamiyy al-Hadith wa Silatuh Bilisti’mar al-Gharbiyy. Edisi 5. Bayrut: Dar al-Fikr.

Ensiklopedia Islam Untuk Pelajar Islam. Jilid 4. 2003. Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia.

Ensiklopedia Islam. Jilid 4. 2004. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ensiklopedia Tematis Dunia Islam- Dinamika Masa Kini. Jilid 6. t.thn. PT Ichtiar Baru Van Hoeve.

Hillaluddin Abdullah. 1992. Orientalime: Perkembangan dan Pergerakan. Latihan Ilmiah: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ibrahim Mahmood. 1981. Sejarah Perjuangan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara.

Joesoef Suo’yb. 1985. Orientalisme dan Islam. Jakarta: Bulan Bintang.

Kamus Dwibahasa. 1985. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muda@Ismail Abd Rahman (Prof. Madya) et.al. 1999. Cabaran Islam di Abad ke-21. Terengganu: Yayasan Islam Terengganu.

Muhammad Yusoff Hashim. 1985. “Manuskrip Melayu: Warisan Keilmuan yang Bernilai”- Dalam Warisan Dunia Melayu Teras Peradaban Malaysia. Kuala Lumpur: Biro Penerbitan GAPENA, Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Muin Umar. 1978. Orientalisme dan Studi Tentang Islam. Jakarta. Bulan Bintang.

Nik Azran Muhammad (Hj), Mohd Mahadi Hj.Isa (Hj). 2009. Gerakan Orientalisme dan Kristianisasi. Petaling Jaya: Hijjaz Records Publishing.

al- Siba’i, Mustafa. 1968. al-Istishraq wa al-Mustahriqun ma Lahum wa ma ‘Alayhim. Kuwait: Maktabah Dar al-Bayan.

Sobri Salamon. 1988. Perniagaan Menurut Pandangan Islam. Kuala Lumpur: al-Rahmaniyyah.

Tk. Ismail Jakub (Hj). t.th. Orientalisme dan Orientalisten. Surabaya: C.V Faizah.

Wan Salim Wan Mohd Noor (Dr). 2003. Orientalisme- Serang Fikiran Umat Islam Secara Halus. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zaqzuq, Mahmud Hamdi (Dr). 1989. Orientalisme: Kesan Pemikirannya Terhadap Tamadun Islam. Bayrut: Dar al-Fikr.

01 February, 2010

sahabatku...

YA Allah..
Rupanya hari ini, kami masih tidak menerima sahabat kami sepenuh hati
Walaupun kami sama-sama telah melafazkan janji setia
Untuk berjuang dalam satu barisan di medan dakwah
Kami masih membeza-bezakan kelebihan sahabat-sahabat kami
Walaupun telah Kau nyatakan tiada beza antara manusia, melainkan Iman dan Taqwa

YA Allah..
Hari ini, kami mengungkit keburukan sahabat kami
Kami tidak mampu menerima sahabat yang lemah
Kami melenting bila ditegur insan yang duduk bersama kami dalam satu perjuangan
Kami hanya mahukan yang terbaik sahaja dari sahabat kami
Tapi kami lupa ya Allah
Bahawa kami juga tidak sempurna
Hatta Nabi-Mu menerima hamba berkulit hitam sebagai sahabatnya
Layakkah kami menolak kehadiran sahabat yang punya cacat-cela?

YA Allah..
Jangan kau jadikan kami lupa terhadap asal-usul kami
Jangan kau biarkan kami membanding-bandingk an sahabat kami
Mereka punya kelebihan, mereka juga ada kekurangan
Begitu juga kami ya Allah
Bahkan mungkin kelemahan kami sebenarnya lebih besar berbanding mereka
Namun kami tidak tahu
Sedangkan seisi alam mengetahui keburukan itu

YA Allah..
Ampunilah kami ya Allah
Jangan kau biarkan musuh-musuh- Mu menghancurkan ikatan hati kami
Jangan kau biarkan kami tenggelam dalam keegoan diri kami
Jangan kau biarkan kami sesat tanpa kami sedar ya Allah
Kerana kami hamba-Mu yang lemah

Kami tidak tahu apa yang akan terjadi apa keesokan hari
Mungkin kami tidak lagi diberi peluang untuk bernafas
Mungkin telah tamat tempoh untuk kami beramal dan berukhwah
Mungkin esok masanya untuk kami ke kembali ke tempat asal..

Cuma kami bimbang ya Allah
Bimbang kami tidak punya kesempatan untuk memohon maaf
Dari insan-insan yang pernah kami lukai
Dari sahabat-sahabat yang terasa hati dengan kami

Kami juga bimbang ya Allah
Andai tiada lagi peluang untuk kami mengeratkan ukhwah di antara kami
Peluang untuk kami lebih kenal sahabat kami
Peluang untuk kami belajar menerima kelemahan sahabat sefikrah kami
Peluang untuk kami bersahabat seperti Nabi-Mu!

YA Allah,
Ada di antara kami yang bijak pandai, maka kau peliharalah mereka dari kesombongan diri
Ada di antara kami yang kurang cerdik, maka kau jauhkan mereka dari rasa rendah diri yang keterlaluan
Ada di antara kami yang pakar segala perkara, maka jangan kau tinggalkan mereka hanyut dengan kehebatan itu
Ada di antara kami yang tiada kemahiran, maka kau ilhamkanlah mereka dengan kemampuan yang mereka ada
Ada di antara kami yang baik akhlaqnya, tapi janganlah kau biarkan mereka rasa sudah cukup
Ada di antara kami yang belum sempurna akhlaqnya, kau bantulah mereka untuk membentuknya

YA Allah..
Kami ini hanyalah makhluq, sedang Kaulah Khaliqnya
Maka Kau mengetahui segala yang tersembunyi
Kau mengetahui hikmah di sebalik penciptaan manusia yang pelbagai
Mungkin pernah Kau sampaikan kepada kami
Namun kami hamba yang lemah, sentiasa leka
Kerana Dunia hina di depan mata,
Membuatkan kami terlupa Akhirat itu destinasi yang sebenarnya..

Jangan Kau biarkan perbezaan kami ini
Menjadi punca keretakan ukhwah sesama kami
Menjadi punca keruntuhan jemaah yang kami dokongi
Menjadi punca kejatuhan Agama-Mu ya Allah.
Ampunilah kami. Bantulah kami. Pimpinlah kami.