.: .MENCARI REDHANYA .:.
12 May, 2012
.....Alhamdulillah....
Alhamdulillah akhirnya dapat juga "menbuka" dan mengedit blog setelah sekian lama tersadai dek kesibukan dan kelapangan.
27 September, 2011
bahasa dan pensyariatan
assalamualaikum wbt.
setelah lama tidak menulis disebabkan beberapa kekangan, hari ini saya akan berkongsi mengenai tajuk : Bahasa Arab dan Kaitannya dengan syariat Islam.
Bahasa merupakan salah satu mekanisma manusia untuk berhubung. melalui bahasa, pelbagai keperluan dapat dipenuhi antaranya keperluan beragama.Islam merupakan satu agama yang telah Allah perturunkan untuk umat nabi Muhammad s.a.w. Ajaran yang disampaikan oleh rasulullah melalui kitab Allah dan hadithnya, menjadikan ia sebagai agama yang terhebat dan terulung di dunia ini.
Al-Qur'an dan al-Sunnah menjadikan bahasa arab sebagai bahasa pengantar.Bahasa Arab mempunyai pelbagai kelebihan antaranya mempunyai kosa kata yang pelbagai, uslub yang menarik dan pelbagai dan sistem susunan bahasa yang menarik iaitu tatabahasa arab.
Selain itu, bahasa Arab juga mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan ilmu-ilmu Islam antaranya ilmu usul al-fiqh. Ilmu Usul al-Fiqh merupakan ilmu yang digunakan bagi memahami nas-nas al-qur'an. Di anatara perbahasan dalam usul Fiqh ialah perbahasan mengenai bahasa arab dan cabang-cabangnya.
Tambahan pula, apabila ilmu usul fiqh ini sangat penting untuk dipelajari, ulama-ulama silam mensyaratkan kepada setiap para mujtahid agar mempelajari ilmu bahasa arab. Sementara itu, jika dilihat antara masalah-masalah yang dihadapi oleh para mujtahid dalam berijtihad ialah masalah perbezaan dalam memahami nas-nas yang berbahasa arab.
Justeru, peranan bahasa Arab amat penting bagi memahami ajaran agama Islam yang terkandung dalam sumber utamanya iaitu al-Qur'an dan al-sunnah. Sekiranya pemahaman yang salah terhadap nas-nas ini, maka hukum yang dikeluarkan dan diamalkan juga memberi kesan terhadap kehidupan di dunia dan di akhirat.
Saranan saya, pelajarilah al-Qurn, tingkatkan ilmu dalam mempelajari al-Qur'an kerana al-Qur'an merupakan kalam Allah. Allah merupakan Tuhan kita yang perlu disembah. Waallahua'lam.

Subscribe to:
Posts (Atom)