29 November, 2010

Mudhaf dan Mudhaf Ilaih

Ringkasan

Tanda-tanda mudhaf

1) Tiada alif dan lam
2) Kata nama
3) berbaris dhommah atau marfu'

Tanda-tanda mudhaf Ilaih

1) Ada alif dan lam
2) kata sandaran
3) berbaris kasrah atau majrur


contoh:

مفتاح السيارة ,

مفتاح السيارة - Miftahu al-sayyarati


PERHATIAN:

Jika anda sangka mudhaf tapi ada alif lam... itu adalah bukan mudhaf tapi adalah man'ut iaitu kata nama yang disifatkan.

28 November, 2010

KOLOKIUM SISWAZAH UKM




Fakulti Pengajian Islam dengan kerjasama Persatuan Pelajar Siswazah akan mengadakan kolokium siswazah pada 28.12.2010

Sesiapa yang berminat untuk menjadi peserta dan membentang boleh reply. Jazakumullah khairan jaza' .



21 November, 2010

BAHASA

Bahasa ialah ujaran manusia, sama ada yang dituturkan ataupun yang ditulis. Bahasa ialah sistem komunikasi yang paling biasa. Ia membolehkan manusia saling bercakap dengan satu sama lain dan menulis fikiran dan ideanya.

Perkataan bahasa itu, mungkin digunakan secara longgar untuk bermakna sebarang komunikasi, seperti lampu lalu lintas atau isyarat asap Orang Asli Amerika . Tetapi asal usul perkataan tersebut menunjukkan penggunaan asasnya.

Perkataan language dalam bahasa Inggeris berasal daripada perkataan latin lingua yang bermakna tongue, dan bahasa pula kerap dinamakan tongue.

Di mana sahaja terdapat masyarakat manusia, maka terdapat bahasa. Kebanyakan bentuk aktiviti manusia bergantung pada kerjasama dua orang atau lebih. Satu bahasa bersama membolehkan manusia bekerja bersama-sama dengan berbagai cara yang tidak terbatas. Bahasa telah memungkinkan perkembangan peradaban teknologi yang maju. Tanpa bahasa untuk berkomunikasi, maka tidak akan terdapat sains, agama, perniagaan, kerajaan, kesenian, kesusasteraan dan falsafah.

Para sarjana telah menentukan bahawa terdapat lebih kurang 3000 bahasa yang dituturkan di dunia hari ini. Bilangan ini tidak termasuk dialek. BAnyak bahasa dituturkan hanya oleh kumpulan-kumpulan kecil yang terdiri daripada beberapa ratus atau beberapa ribu orang sahaja.

Terdapat lebih daripada seratus bahasa dengan sejuta atau lebih penutur. Daripada bahasa-bahasa ini, 19 bahasa mempunyai penutur melebihi 50 juta orang setiap satu : Arab, Benggali, Cina, Inggeris, Jerman , Itali dan lain-lain.

MEMPELAJARI BAHASA ASING

Ada banyak sebab mempelajari bahasa asing, Antaranya ialah :

1) Mempelajari bahasa asing meningkatkan julat komunikasi.
2) Dapat mengetahui adat resam dan cara hidup bangsa lain.
3) Dapat membantu menambah pengetahuan tentang bahasa sendiri.
4) dapat membantu menambah himpunan maklumat umum.


sumber : Ensiklopedia Dunia

02 November, 2010

Sekilas kata mengenai Fakr al-Din al-Razi dan tafsirnya








Abu Abdullah Muhammad bin Umar bin Husain ibnu Ali. dikenali sebagai Fakr al-Din al-Razi. Beliau dilahirkan di Rayy pada tahun 543 H dikalangan keluarga yang penuh keilmuan.

Beliau merupakan seorang toloh ilmuan yang terulung dalam falsafah. Kitab tafsir yang dikarang oleh beliau mempunyai nilai-nilai keilmuan yang sangat tinggi.

Di dalam tafsirnya iaitu tafsir Mafatih al-Ghaib atau lebih dikenali sebagai tafsir Fakhr Al-Razi, mempunyai pelbagai jenis disiplin ilmu. Antaranya ilmu fikih, ilmu bahasa, ilmu kalam dan sebagainya. Hinggakan para ulama mengatakan bahawa tafsir ini menyerupai ensiklopedia. Tidak kurang juga ada ulama yang mengatakan bahawa tafsirnya ini tidak mempunyai nilai sebagai kitab tafsir.

Walaupun banyak kajian telah dijalankan dalam tafsir ini, masih tidak terdapat kajian terhadap ilmu bahasa secara khusus dalam tafsir ini. Justeru langkah- langkah untuk memahami tafsir ini dari sudut bahasa sangat penting untuk dikaji. Ini berikutan bahasa Arab memainkan peranan yang penting dalam memahami al-Qur'an.Antara ilmu yang penting dalam memahami al-Qur'an ialah ilmu bahasa Arab, ilmu asbab wa Nuzul, Ilmu fikah, ilmu nasakh wa mansukh dan lain-lain lagi.