30 March, 2010

AYUH TERUSKAN MELANGKAH !!!




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Firman Allah :

والعصر * إن الانسان لفى خسر * إلا الذين ءامنوا وعملوا الصالحات وتواصوا بالصبر*

Mafhumnya: Demi masa sesungguhnya manusia berada dalam kerugian , kecuali orang-
Orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.


Otak mula ligat memikirkan apa yang perlu di awalkan dulu kerja untuk hari ini.Asgment yang masih berbaki satu yang menuntut kami membentangnya sebelum peperiksaan membuatkan kami terpaksa mencari-cari masa yang sesuai untuk membelek lembar demi lembar kitab yang bersesuaian dengan tajuk.

Pensyarah menuntut kami sendiri mencari tajuk-tajuk yang sesuai untuk dikaji. Bagi kami tajuk merupakan satu bahagian dari bahagian yang susah juga.Hendak mencari manhaj yang sesuai ditambah pula masa yang diberikan seminggu membuatkan kami kelam kelibut mencari tajuk dan dalam masa yang sama menuntut kami agar membaca semua buku yang berkaitan dengan manhaj pengkajian bahasa arab.

Alhamdulillah akhirnya tajuk kami diterima tapi kena buat analisis pula. Kami berkira-kira cukupkah masa seminggu ni? Nak mencari-cari kitab yang agak terhad disini ditambah pula terpaksa berebut-berebut kitab? Nak membacanya ? nak menaip arabnya ye lah..bukannye laju sangat tangan ni menaip arab kalau bm tu alhamdulillah? Kalau tulis tangan tu laju juga. Nak tak nak terpaksa la juga cari masa untuk settlekan semua ini.Moga Allah permudahkan kami.

Begitulah sedikit sebanyak rencah sebagai mahasiswa dan mahasiswi yang tak dapat lari dari masa. Dan lebih-lebih lagi kita sebagai khalifah di muka bumi ini. Pada kebiasaannnya pada ketika ini baru kita merasai betapa pentingnya masa. Pada ketika ini baru kita menyesal dengan masa-masa lalu kita.kenapa kita tidak menghargai masa sebelum ni? Kenapa kita tak geledah buku-buku yang ada di perpustakaan tu?kenapa waktu dulu kita tak menderma? kenapa waktu dulu kita tak cuba berdakwah?..kenapa...dan kenapa...semua persoalan ini ditimbulkan tatkala kita berada dalam waktu tersepit..ingat 5 perkara sebelum 5 perkara : sihat sebelum sakit, lapang sebelum sempit, kaya sebelum miskin, muda sebelum tua dan hidup sebelum mati.

Sedikit coretan buat sahabat-sahabat perjuanagan Moga kita terus melangkah menuju ke destinasiNya. Jadikan belajar sebagai medan dakwah kita dan medan jihad kita. Lengkapkan diri masing-masing dengan segala persiapan dan peralatan yang patut untuk berperang nanti. Jadikan masa sebagai sesuatu yang amat bernilai buat diri kita.Ingatlah masa yang pergi takkan kembali lagi.Kelak kita akan menyesal dengan pengisian masa yang tidak berfaedah.

Moga kita tergolong dalam pahlawan yang bergerak maju kehadapan dalam menegakkan kalimahNya dan beroleh keredhaanNya. Mari sama-sama berjihad dengan mata pena agar dapat mengalahkan musuh walau hanya dengan sebatang pen.Ayuh terus melangkah ! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

25 March, 2010

Sekilas Pandang




Ayatullah Khomeini


Ayatullah Ruhullah Khomeini adalah seorang ulama yang berhasil mengubah Iran dari negara secular menjadi republic Islam. Dia lahir dalam keluarga ulama pada 24 September 1902 di Khomein, sebuah desa kecil di Iran tengah.

Imam Khomeini memulai pendidikannya dengan pelajaran membaca dan menulis di Kota Khumain dari Mirza Ahmad. Kemnudian dia memasuki sebuah maktab dengan guru-gurunya Mulla Abu al-Qasim dan Syeih Ja’far.

Pada usia 15 tahun Khomeini telah menyelasaikan studi Islam dan menekuni bahasa Arab. Usia 17 tahun beliau dikirim oleh Sayyid Murtadha ke arak, kota tempat Syeikh Abd al-Karim Ha’iri mengajar. Di bawah bimbangan Ha’iri, Imam Khomeini mempelajari falsafah dan mempelajari tasawuf di bawah bimbingan Mirza Ali Akhbar dan Ayatullah Muhammad Ali Syahabadi sebagai gurur utamanya dalam bidang tasawuf. Di sini kelihatan bahawa Khomeini sudah mempunyai jaringan intelektual dengan ulama-ulama besar Qum.

Ayatullah dan Syiah

Tahun 1978 / 1979 telah menyaksikan kebangkitan besar-besaran pengaruh Syiah di bawah kepimpinan Ayatullah Khomeini menjatuhkan kepimpinan diktator Shah Iran, Muhammad Reza Pahlavi. Pengisytiharan Khomeini terhadap penubuhan Republik Islam Iran bagi menggantikan kerajaan Shah Iran, dilihat oleh dunia sebagai pencetusan suatu momentum besar terhadap kebangkitan semula kuasa Islam di dunia.
Namun, penelitian yang dibuat terhadap Republik Islam Iran telah memperlihatkan realiti yang berbeza. Ia adalah sebuah kebangkitan yang amat khusus mewakili kelompok Syiah Imamiah semata-mata tanpa sebarang perkongsian visi dan misi dengan Sunni.

Al-Marhum Said Hawwa yang memimpin gerakan Islam di Syria telah berkunjung ke Iran untuk bertemu sendiri dengan Khomeini dan meneliti sejauh mana Khomeini serius di dalam usahanya membebaskan bumi Palestin yang terjajah. Akan tetapi, hakikatnya adalah sangat mengejutkan. Bagi Said Hawwa, Khomeini dan Revolusinya itu, hanyalah lanjutan kepada makar Syiah yang dusta. Sekembalinya beliau dari Iran, Said Hawwa telah menulis sebuah makalah bertajuk al-Khomeiniyyah ““ Syudzuz fi Al-”˜Aqaid wa Al-Mawaqif (Khomeinisma: Keganjilan Pada Aqidah dan Pendirian Politik). Khomeini telah melanjutkan celaan Syiah terhadap para Sahabat malah peminggiran secara berpelembagaan terhadap ajaran Ahli Sunnah dan identiti selain Syiah telah dilakukan secara terang-terangan.

Said Hawwa telah menghuraikan dengan terpeinci segala perkembangan semasa golongan Syiah pasca Revolusi Iran di tanah air umat Islam. Hakikat Hizbullah dan Harakah Al-Amal, perkembangan di Lubnan, Syria, Turki, Pakistan dan India, pemisahan Pakistan Timur (Bangladesh), bahkan mengunjur hingga ke Afrika, semuanya menggambarkan siapakah sebenarnya pendukung Khomeinisma dan apakah hakikat mereka. Catatan paling hitam peperangan Iran ““ Iraq telah meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada kekuatan umat di rantau berkenaan.

Beliau juga menjelaskan tentang kerjasama-kerjasama sulit Iran dengan negara-negara seperti Libya, Lubnan, bahkan dengan Israel dan Soviet Union. Said Hawwa menekankan tentang lawatan berterusan wakil-wakil kerajaan Soviet Union ke Iran yang mana semua itu bercanggah sama sekali dengan laungan-laungan Khomeini di era Revolusi Iran yang diperjuangkannya.

Kekayaan umat Islam terbuang semata-mata untuk menghadapi gejala ini, bahkan kebangkitan Umat Islam juga mengalami kerugian akibat penglibatan Syiah di dalam gelanggang kebangkitan umat. Anasir-anasir kekuatan umat Islam banyak dipengaruhi Syiah lantas kelebihan itu tersalur ke arah yang bukan membawa kepada matlamat sebenar perjuangan umat, bahkan ke arah kepentingan Syiah semata-mata. Penampilan proses perlaksanaan Islam yang salah berlaku di Iran, apabila perlembagaan Iran mengaktakan mazhab sebagai dasar negara.

Jika sebahagian Syiah bersikap melampau di dalam prinsip taqiyyah (berpura-pura) mereka, kini di era Khomeini dan Revolusi Iran, taqiyyah itu menjangkau kepada penglibatan senjata api. Di suatu masa, Khomeini melaungkan penentangannya terhadap penguasaan Yahudi di Palestin tetapi di dalam masa yang sama, mengadakan kerjasama sulit dengan pihak musuh itu dan memberikan kemaslahatan kepada mereka.
Kesimpulan

Ayatullah merupakan seorang ulama, juga seorang negarawan. Ia mempunyai ulama yang menjadi pemimpin negara untuk pertama kalinya dalam sejarah moden di dunia Islam.
Revolusi 1979 menyaksikan Imam Khomeini bersama rakyat Iran telah berhasil menjatuhkan pemerintahan monarki Pahlevi, dan menggantikannya dengan sistem republik menurut konsep wilayah al-Faqih.


Rujukan

1- Pemikiran Modern dan Postmodern Islam oleh Didin Saefuddin.
2- Blog Ustaz Hasrizal

08 March, 2010

MaSdAr BaHasa ARab

Alhamdulillah segala puji pujian buatNya yang memberi kesempatan untuk berkongsi ilmu dengan para sahabat..InsyaAllah hari ini, saya akan ceritakan sedikit apa yang dimaksudkan dengan masdar atau kata terbitan..

Kajian telah dibuat menunjukkan betapa ramai yang masih tidak tahu atau tidak pandai dalam menggunakan sighah masdar ini.Justeru, kita lihat banyak kajian-kajian yang dibuat mengenai masdar ini.

Seperti semua maklum masdar ni merupakan salah satu elemen yang terpenting dan mempunyai keistimewaan dan kedudukan yang tersendiri dalam bahasa arab.Ia mempunyai hubungan dengan elemen lain seperti kata nama, kata kerja, dan sebagainya yang saling berkait rapat antara satu sama lain.

KEPENTINGAN MASDAR

1) membezakan antara jenis, unit, fungsi ataupun peranan masdar serta pola kata kerja yang berkaitan dengan masdar.

MASDAR

Abd al-Ghaniy mendefinisikan masdar ialah Kata nama yang menunjukkan perbuatan sahaja.Manakala Fakhr Al-Din Qabawat menjelaskan definisi masdar ialah kata nama yang menunjukkan perbuatan yang tidak terikat dengan masa.

contoh : جلوس

yang bermaksud duduk.Ia sebagai masdar yang menerangkan perbuatan duduk tetapi tidak dinyatakan masa bila berlakunya perbuatan tersebut.

JENIS-JENIS MASDAR

1) Masdar sarih
dikenali juga sebagai masdar asli, am, mutlak, hakiki ataupun mujarad.Ialah kata nama yang menunjukkan makna sesuatu perbuatan yang terjadi tanpa terikat dengan unsur-unsur masa.

contoh: زرع: زراعة
زرع bermaksud menanam dan masdarnya bermaksud penanaman.

2) Masdar Mu'awwal
Ia terhasil daripada huruf-huruf masdar yang bergabung, sama ada dengan kata kerja lepas atau kata kerja masa kini.Hasil gabungan tersebut dinamakan sebagai ayat silah yang boleh ditakwilkan dengan masdar sarih.

contoh: أريد أن أجلس بجنبك
أن أجلس dinamakan muawwal yang terdiri daripada gabunga partikel an dan kata kerja masa kini.takwil ayat : أريد الجلوس بجنبك

3) Masdar mimiy
kata nama yang bermula dengan huruf mim tambahan di awalnya yang menunjukkan perbuatan yang berlaku.Persamaan masdar mimiy dengan masdar asli ialah kedua-duanya menunjukkan kejadian atau perbuatan yang berlaku.Bezanya cuma masdar mimiy di awalnya huruf mim tambahan dan masdar asli pula tiada huruf mim tambahan di awalnya.

Contoh: مطلع , مدخل , مودة
مدخل: terbit, مطلع :terbit, مودة : kasih sayang

4) Masdar Marrat
merupakan kata nama yang menerangkan perbuatan yang berlaku sekali sahaja.
Syarat-syaratnya:
1. mesti menggunakan fi'il tam.fi'il naqis seperti kana dan kawn-kwnnya tidak boleh digunakan.

2. mesti gunakan fi'il yang merujuk kepada perbuatan fizikal sahaja dan tidak boleh menggunakan fi'il yang menunjukkan perbuatan abstrak seperti علم ,فهم

3. mesti menggunakan fi'il yang tidak menunjukkan sifat yang tetap.kata kerja seperti قبح , كرم, حسن

5) Masdar Hai'at atau masdar Nau'
Kata nama yang menerangkan keadaan atau jenis perbuatan yang berlaku.
contoh : يعيش المسلم عيشة كريمة
"Orang Islam yang hidup dalam keadaan kehidupan yang mulia"

syarat nya sama dengan syarat masdar al-marrat.

6) Masdar sina'iy
kata nama yang diletakkan huruf ya di hujungnya yang bersambung dengan huruf ta selepasnya.

contoh : الإنسانية
Ia berasal daripada perkataan الإنسان. Makna asal perkataan insan bermaksud manusia tetapi dengan penambahan huruf ya dan ta' marbutah telah mengubah maksud asal perkataan tersebut kepada makna baru yang lebih luas, iait sifat kemanusiaan, memiliki perasaan simpati, toleransi, dan sebagainya.


Sedikit sebanyak tentang masdar.Bagi yang mahu lebih lagi maklumat tambahan tentang boleh baca buku " Masdar Bahasa Arab: Fungsi dan penggunaan oleh Azlan Abd Rahman.

01 March, 2010

Kalau Benar Cintakan Allah




Sebutlah nama Allah sebanyak-banyaknya.Allah berfirman dalam surah al-fath:

لتؤمنوا بالله ورسوله وتعزروه وتوقروه وتسبحوه بكرة وأصيلا

Yang bermaksud: agar kamu semua beriman kepada Allah dan Rasulnya, menguatkan (agama) –Nya, membesarkan-Nya dan bertasbih kepada pagi dan petang.

Bertasbih disini bermaksud kita berzikir dengan kuantiti dan kualiti yang tinggi. Zikir lidah, zikir hati, dan zikir perbuatan semuanya menjurus kepada membesarkan Allah dan segala yang lain kecil belaka.

Lidah menyebut nama Allah, lalu hati merasakan kebesaran dan keagungan-Nya dan tindakan menyusul apabila kita selaraskan segala perbuatan dengan hukum-hakamnya.Itulah zikir yang hakiki.Kesannya sepadu.Ia akan memberi ketenangan dan kekuatan.

Namun apabila Allah dilupakan, umat akan kurang menyebut nama-Nya lagi.Ketika itu hati-hati pun lalai daripada merasakan kebesaran dan keagungan-Nya.Akibatnya hokum-hakam diabaikan dalam tindakan dan perbuatan. Apabila ini terjadi jangan ditangisi jika Allah “lupakan” kita.

Allah hanya menjadi pembela kepada orang yang bertakwa.Orang yang bertakwa adalah orang yang banyak mengingati-Nya dengan lidah, hati dan perbuatan.Menjadi seorang muslim sahaja(bukan muttaqin), tidak melayakkan kita mendapat jaminan bantuan dari-Nya. Siapakah kita, Muttaqin atau hanya Muslim??

BIMBANG DOSA

Saiyidina Umar pernah mengingatkan, bahawa dia lebih bimbangkan dosa-dosa yang dilakukan oleh tentera Islam berbanding kekuatan dan perancangan musuh.Dosa-dosa akan menghalang daripada datangnya bantuan Allah kepada kita.Kenapa orang melakukan dosa?? Jawabnya kerana lupakan Allah.Lupa zikir kepada-Nya.Justeru, untuk mendapat kekuatan, elakkan dosa. Dan untuk elakkan dosa sentiasalah mengingati Allah.

Ya,masakan orang yang sentiasa ingatkan Allah tergamak bergelumang dengan dosa? Jika terlanjur sikit mereka segera bertaubat.Orang yang beginilah akan mendapat bantuan Allah dalam apa yang mereka usahakan dan perjuangkan. Mereka disokong oleh kawan dan dihormati oleh lawan. Blum pun bertempik, hanya berbisik, orang akan ukur dan tunduk.

APABILA ALLAh AKRAB...

Apabila Allah akrab dengan kita, siapakah yang berani memusuhi kita? King Richard yang berhati singa itu tunduk kepada Sultan Salehuddin al-Ayubi.Mengapa? Apakah hanya kerana kekuatan Salehuddin? Tidak, tetapi kerana akhlak dan keperibadiannya yang ditempa dengan zikrullah. Hasilnya, sifat pemaaf, kasih sayang dan prihatinNya, tidak terbatas.Merentas sepadan bagsa, negara, agama.

Musuh tidak terlalu laju,tetapi umat Islam yang terlalu perlahan.Kita seharusnya ke depan dengan roh cinta dan kasih sayang. Dengan cinta kita berdakwah, berhujjah, dan menjelaskan dengan penuh hemah, dan hikmah tanpa dibauri oleh kebencian dan prasangka.

Dengan cinta kita tidak hanya menyebut namaNya, mengingatinya, dan mendaulatkan hukum hakamnya dalam diri tetapi kita akan kembangkan sayap cinta itu ke dalam rumah tangga, organisasi, masyarakat, dan negara.

Kalau benar cintakan Allah, cintailah diri dan umat ini dengan banyak mengingati-Nya.Bangun seawal subuh, bersih dan sucikan diri. Lalu solatlah untuk mengingati-Nya. Kemudian bertebaran lah di muka bumi untuk mencari rezeki yang halal dengan meninggalkan segala bentuk rasuah, riba dan penyelewengan.

Atur keluarga mengikut syariat. Jauhkan pendedahan aurat.Perangi pergaulan bebas, racun hedonisme, dan fesyen bohemian dalam kehidupan diri dan remaja kita.Bersiasahlah tetapi jauhi fitnah dan kepentingan diri. Ingat Allah! Jaga halal haram dalam setiap perilaku dan perbuatan.

Kalau benar cintakan Allah..... ingatlah, cinta itu bukan kata-kata, love is verb(cinta itu tindakan) Bangkitlah dengan kecintaan bukan dengan satu kebencian.Jangan marahkan orang yang tidak cinta...jika kita sendiri tidak mencintai...Marahkan diri dulu , sebelum marahkan orang lain.